Terkini

Puasa First Class

Ramadan yang dirindui datang lagi. Bertuahlah orang yang masih berkesempatan merebut segala fadilatnya. Bulan yang dikurniakan Malam Al Qodr (Semalaman lebih baik daripada seribu bulan lain). Bulan yang dilimpahi dengan segala macam rahmat, keampunan dan ganjaran berganda daripada Allah swt. AMAT rugi bagi jiwa yang tidak merasakan apa-apa keghairahan untuk beramal dan memperbaiki diri pada kesempatan ini. Jommm..Kita latih diri dengan perkara berikut...;

 
Bulan yang dibuka segala pintu syurga (Kebaikkan) dan ditutup
segala pintu neraka (Kejahatan) serta dibelenggu para Syaitan

1. Masuk pejabat (bagi yang ada pejabat) luangkan masa untuk baca Al Quran semampu yang boleh. Sebaris, dua baris, sepipi dan sebagainya.

2. Cuba sedaya mungkin untuk solat sunat Dhuha

4. Cuba sedaya mungkin untuk solat berjemaah di Surau atau masjid. Atau berjemaah di mana-mana sahaja sama ada dengan rakan-rakan atau keluarga. Elakkan dari solat Sdn Bhd.

5. Bagi suami, cuba ringankan tugas isteri di rumah. Bantu memasak atau menemaninya ke pasar malam

6. Latih diri membaca al Quran pada setiap masa senggang. Baca buku berfaedah atau sekurang-kurangnya tidur untuk kerehatan. Semuanya ibadat jika tidak  berlebihan.

7. Malamnya jangan lupa solat tarawih di masjid. Disamping menghidupkan Ramadan dapat pula kukuhkan silaturahim dengan masyarakat.

7. Perlu bangun bersahur (sahur adalah merujuk kepada 'waktu' bukan makan) Bersahur itu ada keberkatan. Lewatkan sahur dan Solat sunat dulu sebelum makan. Solat Hajat, Tahajud, Taubat, Tasbih, Tolak bala, Istikhoroh dan lain-lain.

8. Latih diri solat subuh berjemaah di masjid atau surau.

9. Segerakan berbuka. Jangan lupa berdoa dan mulai berbuka dengan makan kurma secara ganjil, Minum air suam dan makan apa yang patut secara bersederhana.

10. Sentiasa berdoa. Kerana 3 golongan doa yang mustajab/diterima. Orang berpuasa sehingga berbuka, pemimpin yang adil serta orang yang dizalimi.

11. Jaga pertuturan, jangan bertengking tak tentu hala, apatah lagi mengumpat dan mengutuk. Selalu gosok gigi jangan sekali-kali biarkan bau misteri mulut anda menggangu rakan-rakan. Nabi selalu bersiwak pada bulan ini.

12. Jika ada rezeki lebih bagi makanan untuk orang berbuka. Terlebih baik anjur majlis berbuka puasa.

13. Cari masa untuk beriktikaf di Masjid (Bukan waktu pejabat) terutama 10 akhir Ramadan

14. Latih diri jadi pemurah dan suka menderma. Menderma wang, fikiran, tenaga dan sebagainya. Nabi Saw seorang yang pemurah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

15. Lazimkan lidah melafazkan 'Lailahaillah' dan 'Astaghfirullahalazim'. Kalimah Toyyibah yang dianjurkan oleh Nabi Saw.

Jika KITA dapat lakukan semua ini secara konsisten, InsyaAllah kita akan beroleh ganjaran puasa yang sebenarnya. Beroleh taqwanya, kesihatannya, ketenangannya dan keceriaan dalam hidup ini. Semoga Ramadan pada kali ini menjanjikan sesuatu yang bermakna kepada kita.

AMINNN...

Harimau dibaham Singa !

Apa istimewa foto ini sehingga dijadikan muka depan NST 29 Julai 2011. Ya, sekeping foto mampu menceritakan segala-galanya. Kekecewaan kerana Harimau Malaya parah dibaham sang Singa !.



TEARS OF FRUSTRATION... Striker Norshahrul Idlan Talaha, who could not play in last night’s match because of injury, being consoled by his wife while watching the World Cup qualifier second leg between Malaysia and Singapore at the National Stadium in Bukit Jalil. The match finished 1-1, ending Malaysia’s campaign.
 
Perlawanan semalam seperti pertarungan yang mencagar sebuah negara sebagai hadiah utama. Cukup mendebarkan dan seolah-olah kita telah kehilangan sebuah negara !. Pemain Singapura bijak melakonkan pelbagai aksi untuk melengah-lengahkan permainan. Cara mereka bermain seolah-olah kita ni sebuah pasukan belasahan. Apa pun ilusinya, team bola Malaysia telah tersungkur di kaki pasukan Singapura. Semoga tidak berulang lagi selepas ini. Bangkitlah FAM untuk mengatasi segala kelemahan yang wujud.


Apakah masalah team Malaysia ini ?

1. Adakah kerana taktikal permainan ?
2. Adakah kerana kualiti pemain ?
3. Adakah kerana tidak mempunyai pemain import ?
4. Adakah kerana ketiadaan tonggak utama akibat kecederaan ? 
5. Adakah kerana Jurulatih yang bersikap 'tertutup', tidak mahu mendengar pandangan luar dan hanya dia yang mengetahui kualiti seseorang pemain ?
6. Adakah kerana kesilapan memilih pemain dalam kesebelasan utama ?

Adakah dan adakah ini sebagai kajian sahaja. Pokoknya apabila kalah, maka pelbagai tohmahan dan kecaman dilontarkan. Jika ditakdirkan Harimau Malaya menang, apa pula agaknya komen penyokong kita ?. Majulah Sukan untuk negara !...

  

Tips untuk suami dan isteri

Tips untuk suami dan isteri
Sudah berapa tahun anda melayari hidup berumahtangga ?. Setahun, lima tahun, sepuluh, lima belas, dua puluh dan sebagainya. Sejauh mana anda mengenali pasangan anda ?. Seikhlas atau sejujur mana diri kita dalam ikatan dua jiwa ini. Jawablah soalan berikut sejujurnya.....

A. Tahukah anda perkara, percakapan, hobi, kelebihan/kelemahan dan makanan yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan

1. Tak tahu  2. Tahu ckit-ckit   3. Tahu     4. Amat tahu


B. Tahukah anda, berapa duit simpanan, harta atau aset-aset lain yang dimiliki oleh pasangan anda ?

1, 2, 3, 4


C. Berapa kali anda dan pasangan 'berani' membincagkan sesuatu masalah rumahtangga secara berdepan dan berjaya menyelesaikanya bersama

1. Tak pernah  2. Jarang-jarang    3. kerap    4. Amat kerap/Selalu


D. Sejauhmana hubungan anda dengan keluarga pasangan. Sama ada mertua atau ipar duai

1. Tak baik     2. Agak baik         3. Baik               4. Amat baik


E. Sekerap mana anda 'pendamkan' sje segala masalah demi menjaga hati pasangan

1. Sentiasa/selalu    2. Banyak pendam   3. Banyak luah    4. Tak pernah


F. Sebanyak mana anda merahsiakan perkara yang tak sepatutnya dirahsiakan kepada pasangan anda ?

1. Banyak       2. Ada ckit-ckit            3. Hampir tiada     4. Tiada langsung


Berapakah skor anda ?. Fikir-fikirkan.


Nasihat Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Mungkin banyak yang boleh dikongsikan dari artikel ini. Sebuah lontaran idea bernas daripada pakar pembangunan pendidikan Islam, Dr Abdullah Naseeh Ulwan.

Dr. Abdullah Naseeh Ulwan
Masa Lapang yang Mempengaruhi Anak-anak 
Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapangnya. Sebagaimana yang sudah termaklum, bahawa anak-anak itu memang gemar bermain dari sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang, dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi'i. Kita senantiasa mendapati mereka amat cergas bermain dengan anak-anak yang sama umur dengannya, berkejar-kejaran di sana-sini, memanjat pokok, berolahraga dan bermain dengan berbagai-bagai permainan, termasuk bermain bola dan sebagainya.

Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota-anggota mereka menjadi kuat, agar badan mereka menjadi cergas.

Sebab berlambak di negara aku...

Al Kisah tiga orang sahabat sedang bersembang di dalam sebuah kapal mewah dalam satu pelayaran yang mengasyikkan. Seorang daripadanya Mat Salleh Australia, seorang berbangsa Indonesia dan seorang lagi pelayar daripada Malaysia.

Sambil berbual, si Pelayar Indonesia itu menghisap rokok Gudang Garam dengan nikmat sekali. Sehingga jelas terdengar kayu manis yang bercampur tembakau itu terbakar setiap kali dia menyedutnya. Praaappp....prapppp..bunyinya. Dua orang sahabat tadi hanya memerhatikan lagaknya itu.

Tiba-tiba si Pelayar tadi membuang rokoknya ke laut. Si pelayar Australia dengan pantas menegur " Belum luak separuh pun kau dah buang rokok tu. Kat negara aku, mahal harganya ". Ucap Mat Salleh itu dengan muka berkerut menahan kepanasan matahari. " Alaaaaaa...berlambak kat negara aku, setakat sebatang dibuang ke laut tidak ada maknanya ". Jawab pelayar Indonesia itu sambil menjilat-jilat bibirnya. Mereka meneruskan perbualan.

Sebentar kemudian si pelayar Australia tadi masuk ke dalam dan mengambil segelas air bersama dengan sebiji epal besar yang masak ranum. Dia terus memakannya sambil berbual. Dia makan dengan lahap sekali. Lagaknya begitu enak. Buahnya segar dan bersinar. Tiba-tiba dengan tak semena-mena dibuangnya buah epal berkualiti tinggi itu ke dalam laut. " Terkejut beruk dua orang sahabatnya tadi. " Apa ke hal kau buang epal yang berkualiti tinggi itu ?. Kalau bagi kat aku lagi baik. Di negara kami, susah nak dapat dan mahal harganya ". Kata si Indonesia tadi. Pelayar Malaysia hanya mengeleng-ngeleng kepala sambil memandang secara sinis. " Untuk pengetahuan kau berdua, kalau kat negara aku epal begitu boleh ambik di halaman rumah sahaja. Berlambak brooooooo. Ada aku kisah setakat membuangnya sebiji ". Balasnya dengan nada bersahaja.

Si pelayar dari Malaysia mula berfikir. " Tinggi sungguh ego kawan-kawan aku ni ". Bisik hatinya. Tapi.....apa patut aku buat untuk berlaku 'adil' kepada mereka ni....Rokok tak ada, epal pun tak ada.....Hatinya mulai buntu. TIBA-TIBA.....................................BOMMMMMMMMMMMM......kedengaran satu bunyi yang kuat jatuh ke laut. Anak-anak kapal kecoh seketika apabila melihat si Karno dari Indonesia itu terkapai-kapai di dalam laut.

Setelah keadaan reda dan Karno berjaya diselamatkan, nakhoda kapal bertanyakan kepada Mat Ali si Pelayar daripada Malaysia tadi. " Kenapa kau tolak Karno ke laut "..........Lu Pikir sendiri jawabnya....


Moralnya ialah :

1.
2.
3.

Selamat berfikirrrrrrr....

Cara Syeikh Abd Qodir Jilani mendidik

Cara Syeikh Abd Qodir Jilani mendidik
Suatu hari Syeikh Abdul Qadir Jailani didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama menyertai program ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak, tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk mendapat berkat, katanya. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan beratus-ratus orang hadir di program berkenaan. Di satu tempat yang terbuka itu, para hadirin melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat, berwirid, membaca Quran, bermuzakarah, bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir hanya duduk di satu sudut dan memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Dia berkata:

" Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya ".

Semua orang terkejut dan menjadi gempar serta riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati dengan kenyataan tersebu. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai, Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya,  " Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa Tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh ?.

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, " Benar, saya ada kata begitu ".

Kadhi bertanya lagi, " Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , " Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya ".

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf. Fahamlah kadhi, bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka bertuhankan dunia dan duit satu dinar itu sebagai simbolnya.


Fikir-fikir :

1. Ramai orang buat program kebajikan dan keAgamaan kerana mengharapkan pujian dan habuan

2. Ramai orang terlalu suka menonjolkan diri dalam kerjaya untuk mengejar pangkat dan kedudukan

3. Amat payah membentuk keikhlasan dalam amalan

4. Selalu tanya diri, " Apa tujuan aku buat ni ". Jika kerana Allah, insyaAllah diberkati. Pahala dapat ganjaran dunia pun dapat. Jika sebaliknya......


Adaptasi dari : Kisah Syeikh Abdul Qadir 

The important things in life

A philosophy professor stood before his class with some items on the table in front of him. When the class began, wordlessly he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with rocks, about 2 inches in diameter.

He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was. So the professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles, of course, rolled into the open areas between the rocks. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He then asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous “Yes.”

“Now,” said the professor, “I want you to recognize that this jar represents your life. The rocks are the important things – your family, your partner, your health, your children – things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full. The pebbles are the other things that matter – like your job, your house, your car. The sand is everything else. The small stuff.”

“If you put the sand into the jar first,” he continued “there is no room for the pebbles or the rocks. The same goes for your life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take your partner out dancing. There will always be time to go to work, clean the house, give a dinner party and fix the disposal. Take care of the rocks first – the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.”

Tok Qodhi yang bijaksana !

Suatu masa dulu jawatan Qodhi ini amat dihormati dan dipandang tinggi. Penyandangnya juga bukan calang-calang orang. Sebut saja Qodhi semua orang akan patuh dan taat. Tok Qodhi diamanahkan oleh pemerintah untuk menjalankan tugas-tugas kehakiman yang merangkumi kes-kes sivil, tort, jenayah dan sebagainya. Bukan terhad kepada penyelesaian perbalahan laki bini sahaja.

Suatu hari ada dua orang lelaki datang ke rumah Tok Qodhi ini. Mereka ingin mengadu kes kehilangan seekor kuda. Ketika sampai, orang gaji Tok Qadi membuka pintu dan bertanyakan tujuan kunjungan mereka. Si Mamat ini mendakwa kudanya hilang beberapa hari dan ditemui berada di dalam kandang lembu milik si Luwi. Apabila hendak mengambilnya si Luwi menghalang dan mendakwa bahawa kuda itu miliknya. Si Mamat keingungan dengan keadaan itu, kerana dia pasti kuda itu adalah miliknya berdasarkan tanda pengenalan yang jelas.

Si Luwi mula membentangkan hujahnya dengan segala keterangan dan evident sokongan. Kononnya mengikut prinsip albayyinah ala mudda'i, wal yamin ala man ankaro. Dakwanya, suatu pagi ketika bangun dari tidur tiba-tiba dilihat seekor lembunya telah bertukar menjadi kuda !. Cukup menakjubkan. Katanya dengan penuh yakin.

Mendengarkan dakwaan dan penjelasan antara kedua pengadu itu, orang gaji Qodhi tadi masuk ke dalam rumah dan memaklumkan kepada tuannya mengenai masalah tersebut. Tuan Qodhi yang baru selesai solat sunat dhuha itu mula bertanyakan masalah mereka. Setelah diceritakan dakwaan dan keterangan kedua pihak, maka Qadhi itu berkata " Pelik juga kejadian itu, manakan mungkin seekor lembu boleh bertukar menjadi kuda ", soalnya kepada Luwi. Tetapi dengan pantas dan yakin Luwi menjawab. " Tidak ada apa yang pelik di dunia ini tuan guru, kerana itu semua kuasa ALLAH !. Kita makhluk tidak dapat mengatasinya. Jika dikatakan 'kun' maka 'fayakun' lah. Luwi mula menunjukkan kepetahannya.

Motivasi Diri : Roda kehidupan

Semasa kecil dulu, ketika bergelar baby kita banyak bergantung kepada ibu atau bapa untuk meneruskan hidup. Tidak bergigi, pakai pampers dan tenaga yang amat terbatas. Kita terus membesar dengan sempurna melalui tahap-tahapnya.

Ketika remaja kita memiliki segalanya. Kekuatan fizikal, mental, kecantikan atau kehenseman, kerjaya dan status sosial yang dipandang tinggi.  Kita mampu melakukan apa sahaja.Terasa dunia ini milik kita.

Tetapi setelah berusia 40-an putaran hidup mula kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Nikmat kesihatan mula ditarik satu persatu oleh pemberiNYA. Rambut dah mula berubah warna, gigi dah mula tidak original, daya ingatan semakin lemah, kudrat semakin kendur. Tetapi ada satu benda yang tak pernah lemah dan menurun dalam diri kita ini. Malah semakin tua semakin 'galok'. Itulah NAFSU !. Semakin berusia semakin tamak dengan harta, pangkat dan seks. Semakin malas untuk 'bersyukur' kepadaNYA. 


Hidup juga seperti cuaca...

Lazimnya setelah kita diberi kesenangan harta dunia, memiliki status sosial yang tinggi, terkenal dan sebagainya maka ketika itulah penyakit mula ditimpakan kepada kita. Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, rabun, lemah tenaga batin, monopous dan sebagainya. Inilah realiti yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia.

Akhirnya, kita akan kembali ke zaman bayi dulu juga. Hanya mampu bersempuh di katil rumah atau di wad hospital sahaja. Mula kembali pakai pampers dan tidak mampu bergerak tanpa dibantu. Segala harta yang dikumpul selama ini mula dicurahkan untuk merawat penyakit diri. Kita mungkin dirasakan satu beban kepada orang sekeliling !. Perasaan hati bagai dihiris-hiris setiap hari. Makan hati berulam jantung. Sekali fikir, alangkah baiknya jika nyawa ini tidak lagi menjadi tetamu jasad ketika itu.

Justeru, sebelum tahap-tahap ini kita lalui atau sedang dilalui kini maka perkemaskan diri dengan 4 perkara :

1. Kembalilah kepada Allah. Tetapi bagaimana ?. Mana jalannya ?

2. Ubah cara berfikir tentang kehidupan. 

3. Perbaharui sikap positif setiap hari

4. Buat kebaikkan, amal jariah dan hubung silaturahim setiap hari

Selain itu, rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara lain. Antaranya manfaatkan usia muda sebelum datang hari tua. Pergunakan nikmat kesihatan sebelum datang kesakitan. Guna sebaiknya masa lapang sebelum datang saat sibuk, insaf ketika kaya sebelum ditimpa kemiskinan dan peluang ketika hidup sebelum kita dijemput olehNYA.

Jika ini telah dimiliki, nescaya kita akan melalui kehidupan ini dengan penuh ketenangan dan keinsafan. Sentiasa bersedia dalam sebarang situasi dan ujian kehidupan. Selamat beramal !!!

Suatu hari di pejabat Pos

Seingat aku, kali terakhir berurusan di pejabat Pos ialah pada tahun 2009 yang lalu. Beberapa hari lepas sekali lagi aku gagahkan diri untuk ke sana. " Kak, minta stem 30 sen sepuluh". Aku memulakan perbualan dengan seorang kakitangan pos di kaunter. "Stem 30 sen mana ada lening ", ujarnya sambil tersenyum, paling kecik pun 60 sen ".  Katanya lagi. " Laaaa...ya, ko.....Manalah saya tau. Malunya rasa... 

Berurusan dengan tenang
Hari itu terasa macam peristiwa ashabul Kahfi. Seolah-olah baru baik dari perantauan yang lama. Tiba-tiba ada seorang lagi pelanggan di kaunter sebelah yang meminta stem 30 sen. Tu dia...Rupanya bukan aku sje yang tak tau. Kerani tadi tersenyum sinis.

Dua pengajaran penting dari peristiwa ini. Pertamanya, kita perlu ambil tahu perkembangan sekeliling walaupun dilihat tidak berkaitan dengan kita. Keduanya, staff pejabat pos kini tidak lagi sinonim dengan muka mencuka, panas baran dan tidak mesra pelanggan. Semuanya mesra dan berwajah manis. Kalau zaman dulu-dulu, satu perkara biasa kalau petugas barisan hadapannya menengking dan bercakap acuh tak acuh dengan pelanggan. Sehingga ada satu simpulan bahasa moden 'Seperti berurusan dengan pejabat pos'. Maknanya, pejabat yang tidak mesra pelanggan !

Mungkinkah kesan dari kempen transformasi yang diwar-warkan atau kesedaran pihak pengurusan itu sendiri. Alangkah bagusnya jika semua agensi awam di negara ini membudayakan 'senyum tak perlu kata apa-apa' dalam urusan seharian. Jaga hati rakyat atau pelanggan kita. Kerana gaji kita dibayar dari duit pembayar cukai ini. Mereka berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kita !.

Liverpool nyaris kena boooooo....

Harimau Malaya nyaris membaham The Reds. Suspen bunyinya dan inilah jangkaan muka depan akhbar keesokan harinya jika pasukan Malaysia dapat mengekalkan tempo permainan mantap 45 minit pada babak pertama perlawanan. Gergasi bolasepak England dan Eropah itu memang tidak bermaya sebaik sahaja wisel ditiupkan pada awal permainan. Liverpool nyaris diaibkan oleh Harimau Malaya !.

Ambik Kau Liverpool...
Rupanya 'Cencaru makan petang'. Itulah ungkapan paling sesuai untuk merumuskan pertarungan berkelas tinggi antara pasukan Liverpool dan Harimau Malaya yang berkesudahan pelawat menjaringkan 6 gol berbalas 3. Harimau Malaysia ternyata tidak goyah apabila berani mengasak kubu Liverpool, yang kelihatan sedikit kepenatan dan kehilangan rentak. Hasil usaha keras Wira Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Safiq Rahim dengan tenang menyempurnakan sepakan percuma tiga minit sebelum babak pertama berakhir, menewaskan penjaga gol, Brad Jones.

Arsenal VS Malaysia : Buku bertemu ruas

Hebat... Mahali Jasuli sedang menggelecek dua 
pemain Arsenal
  


  Kehebatan pilihan Malaysia benar-benar teruji ketika berdepan dengan pilihan Arsenal dalam aksi persahabatan Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Pasukan The Gunner memulai aksi agak longlai, gugup dan kadang-kadang hilang arah. Tetapi mula menemui rentak dan membaham Harimau Malaya dengan 4 gol berbalas 0.

Tetapi Harimau Malaya tidak mudah lemah semangat. Semangat melawan berterusan dan mula menunjukkan taringnya yang sebenar. demi menjaga hati pasukan pelawat dan untuk mengelakkan gergasi bolasepak Eropah mendapat aib maka keputusan semalam dikira berbaloi.

Apapun perlawanan semalam dilihat lebih kepada pendedahan untuk mempertajamkan skill pemain negara. Pujian harus dihamburkan kepada kesebelasan pemain yang berkesempatan beraksi. Walaupun sesekali dilihat hilang arah dan tidak fokus, tetapi disiplin permainan agak baik. Hajat hati nak peluk gunung.....Tetapi.........Tahniah kepada Wira Malaya, pertembungan semalam boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat. Bertenaga dan menghiburkan.

Banyak lagi tugas, strategi dan taktikal yang perlu dipelajari dan diterapkan oleh jurulatih kepada para pemain negara. Proses membina pasukan hebat tidak semudah menyediakan Mee Maggi. Ini satu pengalaman berguna untuk mengenali siapa kita !. Dengan kemahuan, kesungguhan dan perancangan yang rapi maka tidak mustahil suatu hari nanti, kita mampu mengulangi era gemilang Harimau Malaya pada era 80-an dulu. InsyaAllah.

Analisa Perlawanan .................Pasukan The Gunners memulakan langkah mereka dengan penuh bergaya apabila....

Tiga jalan Syaitan

Si Syaitan yang tidak ada masa rehat
Pagi tadi telinga ini terdengar satu kuliah subuh yang cukup menyentuh hati. Kata si penceramah, seorang ahli tasauf terkenal yang bernama Hatim menceritakan pengalaman rohaninya dalam proses penyucian jiwa. Katanya, ada tiga jalan utama yang digunakan Syaitan untuk membisikkan rasukan atau jarumnya ke dalam minda anak Adam. Bila telah terkena inject ini, maka layu dan hancurlah nilai diri seorang manusia.

Bisikan pertama, Apa yang kamu nak makan pada hari ini ?. Fikirkan soal perut dan seleramu. Mana satu restoran yang masyhur. Sibuk-sibukkan diri tentang perut. Makan banyak-banyak dan kesannya amat buruk kepada minda dan fizikal. Penyakit malas, dungu dan obesiti antara kesan utama.

Bisikan kedua, apa yang kamu nak pakai hari ini. Baju fesyen dan jenama apa ?. Warna matching ke tak dan sebagainya. Sibuk-sibukkan diri dalam perlumbaan baju siapa paling mahal dan terkini di tempat kerja. Kemudian berbanggalah kita dengannya.

Bisikan ketiga ialah ke mana mahu pergi hari ini ?. Fikirkan soal destinasi dan kenderaan yang akan digunakan. Inilah tiga isu yang melingkari di dalam kehidupan manusia. 


Untuk menangkis bisikan ini, aku melatih diri untuk menjawab seperti berikut. Soal makan, aku mahu makan sebuah kematian. Tanah dan ulatnya. Soal pakaian aku mahu pakai kain kafan yang suci bersih itu. Tentang arah destinasi pula, aku sebenarnya sedang menuju ke kubur. Ringkasnya, penawar paling mujarab untuk merawat kemegahan diri ialah dengan mengingati kematian. Ketika itu akan luruhlah segala ego dan ketinggian ujub.

Soalnya, adakah kita tidak boleh bercakap dan berfikir terhadap tiga isu berkenaan ?. Sedangkan ia adalah perkara rutin dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya si Sufi tadi menggunakan ayat yang terlalu dalam untuk difahami dan dihayati. Maksud sebenarnya ialah........Bersambung ke siri dua...

  

BERSIH sekelilingmu

Hari ini aku bangun terlalu awal, jam 2 pagi. Ketika ini idea datang mencurah-curah. Pagi nanti idea ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk perkongsian pula. Sana sini orang ramai masih lagi bercakap malah ada yang  bercakaran mengenai Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.


Laporan antarabangsa..
 Sudah Jam 5pagi rupanya. Aku mula bersihkan diri dengan memberus gigi dan mandi. Berwuduk untuk bersihkan kotoran zahir dan penyakit batin. Mengerjakan Solat sunat untuk membersih dan menjernihkan keimanan kepadaNya. Damai sungguh bila memiliki jiwa yang bersih. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan di dalam lembah kehidupan ini. Teringat pula intipati buku Di dalam Lembah Kehidupan karya Prof. HAMKA Ulamak ternama. Beliau adalah Ulamak yang bersih mindanya.

Semua negara impikan persekitaran yang bersih. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang bersih. Sistem pentadbiran yang bersih dan rakyat yang pembersih. Dengan bersih banyak penyakit dapat dihindari. Kerana itu, bersih itu dikatakan sebahagian dari iman.

Para penunjuk perasaan juga perlu memiliki jiwa dan minda yang bersih. Akhlak yang terpuji lahir dari jiwa yang bersih. Ini bermakna, sebelum menuntut sesuatu yang bersih itu, diri sendiri terlebih dahulu kena bersih. Jika tidak, hasil perjuangan menjadi tidak bersih. Bila hasilnya tidak bersih, maka digelar orang sebagai kotor. Bila sudah kotor, maka akan ada orang yang akan membersihkannya pula. Begitulah putaran hidup di dunia yang sememangnya tidak bersih ini.

Foto yang mempunyai pelbagai tafsiran
Semua orang mendakwa dirinya bersih. Orang akan marah jika dikatakan kepadanya " Kamu ni pengotor ". Semua orang cuba menampilkan imej yang bersih. Dilihat bersih itu amat penting daripada sebenar-benarnya bersih. Ini kata tokoh pemikir politik ulung iaitu Niccolo Machiavelli (1469-1527). Lebih tepat lagi, sejujurnya lakonan itu amat penting dalam kehidupan.

Oleh itu, bersihkan diri sendiri dari unsur yang tidak bersih. Pastikan ahli keluarga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bersih dalam masyarakat. Gejala sosial itu salah satu contoh budaya yang tidak bersih. Jika keluarga sudah bersih maka barulah kita memiliki kehidupan yang bersih. 

Di Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini kakitangannya masih sibuk membersihkan kawasan yang diadakan perhimpunan bersih itu. Susah juga membersihkan kawasan yang agak bersih selepas ia tidak lagi bersih !. Wah !. jarum jam menunjukkan pukul 7pagi. Aku perlu bersihkan diri sekali lagi agar kelihatan lebih bersih.  



 

Syurga di Rumah

Dua hari lepas aku didatangi oleh seorang kawan lama. Sahabat yang berperibadi tinggi dan diantara insan yang aku hormati. Sedang asyik bersembang dengannya beliau tercerita mengenai masalah rumahtangganya. Kami berbincang agak lama. Rumusannya, tidak mudah mengemudi bahtera hidup ini.

Permata hati...
Berbahagialah orang yang memiliki rumahtangga yang harmoni dan mendamaikan. Mereka telah dikurniakan syurga di dunia ini sebelum mendiami syurga yang hakiki di akhirat nanti. Soalnya, apakah ertinya rumahtangga yang bahagia pada anda ?. Adakah dengan memiliki segala prasarana hidup, berkerjaya hebat dan terhormat di mata masyarakat atau bagaimana ?

Dalam surah arRum ayat 21, Allah menerangkan betapa wanita (Isteri) itu adalah sumber ketenangan dalam kehidupan suami. Dijadikan antara suami dan isteri itu rahmat kasih sayang dan kasihan belas. Jelas di sini unsur kebahagian yang utama adalah memiliki jiwa yang tenang dan fikiran yang lapang. Suami tidak merasakan isterinya sebagai satu beban. Isteri pula tidak sekali-kali merasakan suaminya sebagai jembalang dalam kehidupan. Sebaliknya saling perlu memerlukan dan menjadi sumber motivasi dalam perjuangan hidup. Sayyidina Ali K.W, pernah berkata, 'Setiap kali aku memandang Fatimah (Isterinya) seluruh fikiran menjadi tenteram dan aman

Suatu petang di majlis motivasi

Gambar hiasan...Makan bersama.
Hari ini hantar dua orang anak ke program motivasi anjuran sebuah konsultan. Wah, begitu ramai ibubapa yang berminat menghantar anak-anak mereka ke program sebegini. Itulah bukti betapa kecenderungan ibubapa kini untuk melihat anak-anak menjadi soleh dan tidak membebankan.

Wang bukan lagi menjadi isu untuk membentuk anak-anak. Inilah satu sikap yang terpuji. Betapa gerunnya ibubapa hari ini jika anaknya terjerumus ke lembah kemusnahan. Tetapi cukupkah sekadar itu ?. Tentunya tidak. Ibubapa perlu berperanan dengan lebih efisien di rumah. Sebagai contoh, mereka perlu menjadi contoh dalam setiap perkara. Solat berjemaah, di meja makan, percakapan, menonton tv dan membudayakan baca alQuran.

Jika ini diamalkan, insyaAllah rumahtangga akan diberkati. Anak-anak yang soleh akan terbentuk melalui disiplin pendidikan di rumah dan jangan lupa berdoa. Membentuk anak soleh bukan tugas mudah dan sesingkat goreng telur. Perlu pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan tentunya wang ringgit. Justeru, pokok pangkal dalam pembentukan anak ini ialah peranan ibu bapa perlu menonjol sebelum diserahkan kepada pihak lain. 

Apa yang dicari ?

Apa yang dicari ?
Apa yang kita cari di dalam lembah kehidupan ini?. Kekayaan, pangkat, harta, kuasa, kawan-kawan dan sebagainya. Sudahkah kita menemui dan memiliki apa yang dikejarkan itu ?. Apa yang anda dapat dalam kehidupan ini.

Jaringan Berita