Terkini

Pencuri....Pencuri : Bagaimana Menghalangnya ?

Rumah besar tapi hati tidak tenteram kerana takut dimasuki pencuri, diceroboh haiwan berbisa dan sebagainya. Grill sudah ada, khidmat pengawal sudah tersedia tetapi masih juga diceroboh. Nasib-nasib.

Jangan risau dan Jangan putus asa. Mari kita cuba kaedah pencegahan secara 'maya' pula. InsyaAllah mujarab dan amat membantu. Dengan syarat, niat perlu ikhlas dan yakin dengan pertolongan Allah SWT.  Berikut dibentangkan kedah benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan;



Bacaan tiga Qul, iaitu :

i. Surah Al-Ikhlas
ii. Surah Al-Falaq
iii. Surah An-Naas



CARA

1.  Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.  Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.  Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.  Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.  Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.  Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari



BACAAN
       
        Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
- Surah Al-Baqarah ayat  255


CARA

1.   Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.   Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.   Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


      3. AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan,



Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

i.  Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
ii.  Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
iii.  Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
iv.  Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
v.  Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.




Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


CARA

i.  Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
ii.  Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Ada kes si pencuri yang terlepas masuk tetapi tidak ketemui jalan keluar. Ada juga yang meraba-raba mencari ruang untuk menceroboh tetapi tidak berjaya. Begitu juga dengan binatang-binatang yang merbahaya. Akan terhalang. Selamat beramal, InsyaAllah berjaya.

Sumber : Darul Syifa'

Bagaimana Mengawal Marah...

Berapa kali dalam tempoh 24 jam anda marah? Marah kepada pasangan, anak-anak, rakan sekerja atau kawan-kawan. Tabiat marah akan menimbulkan tekanan dan kekusutan jiwa. Semua pemandangan sekeliling dilihat dari kacamata MARAH! Sifat amarah yang tidak diurus dengan baik akan mendatangkan kerosakkan kepada kehidupan. Justeru ketika marah, lakukan perkara berikut :


Ingat !..Syaitan sedang menjalar dalam tubuh untuk
menghasut anak Adam...Marah-marah... Kau akan dilihat
hebat. Pertahankan egomu, jangan mengalah

1. Saat-saat timbulnya bibit kemarahan

Langkah pertama tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Ucapkan Istighfar, selawat dan baca tiga Qul. Belajar memujuk diri dan berfikiran positif ketika itu. Susah la...Memang susah pada peringkat awal mujahadah, tetapi lama kelamaan akan terasa kemanisannya. Jauhkan dari melihat atau mendengar unsur-unsur yang boleh meningkatkan kemarahan.


2. Ketika menghadapi kemarahan

Ketika kita sedang marah, cuba tarik nafas dan katakan " Ya Allah aku sedang marah ni, baca 'auzibillahiminasyaitonirojim...Jika itu sahaja yang sempat dan mampu dibaca. Fikirkan sejenak akibat buruk yang akan berlaku selepas itu. Sudah pasti akan ada tindakan berbentuk fizikal atau kata-kata kesat yang akan keluar dari mulut.

Lari dari keadaan itu. Kawal percakapan dan darah yang sedang mendidih. Jika di rumah cepat-cepat minum air atau basahkan muka dan sebaiknya berwuduk. Jika perlu, terus mandi lama-lama. Imam al Ghazali R.A, mengesyorkan jika marah itu berlaku ketika berdiri, maka hendaklah duduk, jika telah duduk hendaklah berbaring dan seterusnya.


3. Selepas insiden marah

Cuba lihat wajah mangsa kemarahan kita tadi sewaktu dia sedang nyenyak tidur. Renung lama-lama dan rasakan dalam hati satu perasaan belas kasihan dan penyesalan. Akan terlafaz kata ...Maafkan aku......Tetapi bagaimana jika perasaan ini tidak hadir? Ada dua kemungkinan. Sama ada jiwa kita yang bermasalah atau 'mangsa' kemarahan itu sememangnya patut dimarahi !

Ceriakan hidup kita. Hidup ini singkat. Kawallah kemarahan, kerana orang yang hebat ialah mereka yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah (al-Hadith).

Satu penampar untuk tiga soalan

Satu penampar untuk tiga soalan
Ada seorang pemuda yang merasakan dirinya begitu hebat dalam ilmu mantiq dan debat menggunakan lojik akal. Persoalan yang sedang hangat dilontarkan ialah :


1. Jika Tuhan ada, dimana dia ? Mustahil sesuatu yang ada tetapi tidak dapat dilihat

2. Apa makna 'takdir' ?

3. Syaitan dibuat daripada api, maka tak sakitlah Syaitan bila dibakar dengan api di dalam neraka nanti ?


Suatu hari, seorang tua memanggil pemuda ini dan berhasrat untuk merungkaikan segala persoalan yang kononnya tidak dapat dijawab oleh sekalian bijak pandai dan ilmuan Agama ini. "Aku boleh menjawab segala persoalan mu itu, jika kau sudi." Silakan wahai orang kampung, jawabnya angkuh. Ke mari kau dekat sini nak." Pinta si tua itu. Setelah pemuda itu menghampirinya, tak semena-mena ditamparnya pipi pemuda itu sekuat hati. Pangggggggggggggggg....Bunyinya. Merah padam muka pemuda itu terkena penampar di pipinya.

"Apa makna semua ini." Saya mahukan hujah, bukannya kekerasan. Bentak pemuda tadi. " Itulah jawapannya kepada tiga persoalan kamu itu." Jawab orang tua tadi. "Sakit tak penampar tadi  ?. Soalnya. "Sakitlah bahlol. Jawab pemuda itu tak puas hati. "Sakit ya..... Jika sakit, tolong tunjukkan kepada aku bagaimana rupa dan bentuk sakit itu. Adakah ia berbentuk bulat, segitiga, berwarna hijau dan sebagainya. Jika kau kata sakit itu ada. buktikan !

Keduanya, adakah kau terfikir yang kau akan ditampar pada pagi ini? Jika tidak, maka itulah maknanya takdir. Sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak dapat jangkakan.

Ketiganya, tangan aku ini sama buatan juga dengan kulitmu. Tetapi kenapa kau masih merasa sakitnya. Sepatutnya kau tak akan rasa kesakitan itu kerana kita ini dari jenis kulit yang sama. Betul tak ?

Pemuda itu berundur dengan membawa mukanya yang merah padam dan terasa malu yang amat sangat diperlakukan sedemikian rupa. Di sudut hatinya mula terfikir, mungkin ini balasannya untuk orang yang sombong dan perasan hebat...

Jaringan Berita