Terkini

SERAM SEJUK PRU 14...

Ramai yang tak lena tidur musim ni. Degupan jantung pun tidak stabil. Tekanan darah lagi la. Memikirkan nasib diri pra dan pasca PRU 14 nanti. 

Menang atau kalah nanti. Jadi YB atau tidak nanti. Masing-masing berdoa dan bertawakal. Makin rapat dengan Allah..Akhirnya redho dengan ketentuan-Nya.

5 TANDA RUMAHTANGGA ANDA BERMASALAH

Isu keberantakkan hidup berumahtangga mulai menjadi isu nasional. Perbalahan laki bini yang membawa kepada penderaan fizikal dan emosi begitu ketara berlaku. Anak-anak yang sedang membesar sering menjadi mangsa keadaan.
 
Kisah suka duka hidup berumahtangga dan panduan mencapai bahagia

Lazimnya prestasi kerja pasangan terbabit juga akan merudum. Gangguan emosi dan amarah akan menguasai diri. Tiada lagi keindahan hidup sebagai suami isteri. Apa yang tinggal adalah kesengsaraan yang berpanjangan.

Bagaimana dengan kita? Perhatikan tanda-tanda berikut. Jika ada, perlu dicegah dan ubati segera. 5 tanda :


1. Tidak boleh berbincang hal ehwal rumahtangga secara telus;

2. Penyakit "Hanya aku yang betul". Biasanya dihinggapi si suami;

3. Masing-masing tidak tahu tugas. Contohnya, tugas di rumah dibebankan ke atas isteri sepenuhnya. Pendidikan anak-anak dan kewangan tidak dibawa berbincang;

4. Perangai buruk tak berubah. Kematangan pula tak meningkat selari dengan peningkatan usia;

5. Suka mencari kelemahan pasangan dan membesar-besarkanya.


"Berubahlah. Sesungguhnya hidup berkeluarga itu indah"

 

 

MAKNA KEKAYAAN

Semua orang mahu jadi kaya. Malah inilah matlamat hidup kebanyakkan orang. ANDA dikira seorang kaya jika memiliki 6 sifat berikut:


1. Mementingkan Allah dan Rasul dalam semua perkara;
2. Kurang berhajat kepada orang lain, sebaliknya orang ramai berhajat kepada kita;
3. Sering merasa cukup dan senang dengan apa yang kita miliki;
4. Fikiran sentiasa lapang dan segala cabaran hidup dapat ditangani dengan baik;
5. Kesihatan diri yang cemerlang; Dan
6. Tiada dengki dengan 'kelebihan' orang lain. Malah gembira melihat orang lain mendapat nikmat.



5 PERKARA YANG ISTERI TAK PERLU MINTA


Manusia lebih suka meminta dari memberi. Sebab meminta lebih seronok berbanding memberi. Meminta akan menambahkan sesuatu keuntungan kepada diri. Memberi pula bermakna mengurangkan sesuatu milik kita. Ini perkiraan otak manusia.


Isteri jangan minta 5 perkara ini:


1. Meminta sesuatu yang dia sendiri tahu suaminya tidak mampu tunaikan. Jika didesak juga akan berlaku perang dunia dan rambut di kepala suami semakin pupus.


2. Meminta jangan dimadukan. Hampir semua wanita meminta yang ini. Sebab, bermadu bagi wanita adalah neraka dunia! Setiap kali kamu meminta yang ini minda suami akan lebih terfokus ke arah itu. 


3.  Meminta untuk 'bersama'. Sebab dibimbangi saat kau minta suamimu dalam keadaan letih, badmood dsbnya. Aksinya akan berada di bawah keupayaan sebenar. Kamu tidak berpuas hati dan suami akan rasa lemah semangat dan tercabar.

4. Meminta untuk diceraikan. Seteruk mana pun kau berkonflik jangan minta cerai secara langsung. Banyak lagi cara untuk menyelesaikannya secara lebih baik. Jangan jadikan perkataan cerai ini sebagai wirid harian bila berbalah.

5. Meminta jalan ke neraka. Minta izin suami untuk mendedahkan aurat, bergaul dengan orang yang tidak berakhlak, pergi ke suatu tempat tanpa pengetahuan suami dsbnya. Sebaliknya minta dan lorongkan jalan ke syurga dengan melakukan ketaatan yang sepatutnya. Kamu akan beroleh bahagia semasa hidup dan selepas mati.

KENAPA CERAMAH TOK GURU NIK AZIZ DIMINATI, HEBAT DAN BERBEKAS?

Semenjak uzur, Tok Guru (Allahuyarhamuhu) berceramah sekitar 10 hingga 15 minit sahaja di pentas (Kecuali di Dataran Ilmu). W/pun singkat, tetapi kesannya cukup mendalam.

Tok Guru yang tersendiri dan berprinsip

Pasti ada 'buah baru' yang kita dapat. Huraian dan pandanganya cukup tajam dan bernas. Boleh simpan dan amal terus. Orang Kelantan kata 'Buah Kilas'. Tok Guru terkenal dengan buah kilasnya yang hebat dan kadang-kadang agak melucukan. Contohnya, untuk hadapi politik 'baggi barang' Tok Guru pesan " Bagi gula kaca, bagi pitih ambik..Tapi undi PAS!

Suaranya amat perlahan terutamanya ketika baru memulakan ceramah. Rupanya cara itu cukup berkesan untuk mendiamkan pendengar. Biasanya orang akan berhenti bercakap bila Tok Guru berucap. Khusyuk semacam menanti luruhnya buah kilas.

Wpun tajuk yang dibicarakan itu sudah banyak kali diulas orang. Contohnya, bab peristiwa hijrah atau Maulidur Rasul. Dalam kepala kita pasti ada input-input yang sering diulang siar oleh kebanyakkan penceramah. Tetapi tidak pada Tok Guru. Isinya tetap up to date dan malar segar.

Kata-katanya mendorong kita untuk terus beramal. Tok Guru pernah beritahu, ketika kita sedang memandu kenderaan tiba-tiba terdengar laungan azan, Sebolehnya  cuba terus menuju ke masjid berdekatan. Latih diri untuk solat berjemaah pada awal waktu. Kesannya cukup besar kepada diri dan kehidupan. Sejak dari itu, saya sering mengamalkannya.

Kenapa ceramah dan kata-katanya hebat dan berkesan? ini jawapannya :

PENGALAMAN MANIS DI JORDAN : SIRI SATU


Jika Allah tetapkan sesuatu untuk kita, segala urusan akan dipermudahkan. Tiada satu kuasa pun yang akan dapat menghalangnya. Inilah keyakinan, kepercayaan serta pegangan hidup sekian lama.

Mimpi untuk menjejaki bumi Jordan ini telah lama tertanam. Secara serius bermula tahun 2007. Mungkin tertarik dengan kesan sejarahnya yang unik, misteri lagi mengkagumkan. Bumi anbiya' dan tanah Syam yang diberkati dalam doa Nabi Muhammad SAW.

Suka sangat dengar kisah hidup pelajar kat sana. Sama ada melalui blog ataupun rakan sekerja. Rasa teringin sangat-sangat untuk ke sana. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Mesti best dan ada kelainan!

Tahun berganti tahun, rupanya aku hanya bermimpi. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui niat suci ini. Kabulkanlah. Itulah doa yang sering dilafazkan. Halangan utama tentulah kuasa wang. Keduanya, kebenaran Big Boss. Ya la, hajatnya mahu tinggal disana sekurang-kurangnya sebulan. Logiknya, kalau sekadar untuk melancong, confirm tak lulus lerrr...



Allah maha berkuasa menentukan segalanya. DIA yang  memperkenankan doa bagi hambaNya yang ikhlas. Sesuatu yang telah diizinkanNya,sudah pasti ada kebaikkan untuk kita. 

29 Jumadil Akhir 1435 (Mei 2014) telah membuktikannya. Peluang telah terbentang. Tertera iklan, "Kursus Bahasa Arab di Jordan" musim panas (Soifi). Kursus singkat hanya sebulan lebih. Kredit untuk penganjur  Goldcrescent Sdn Bhd.
Buraq Kuwait Airways yang bawakan, yang ni sekadar hiasan

Huhhh...Allah telah bagi jalannya. Tinggal lagi kita perlu berusaha sikit. Terus berhubung dengan penganjur untuk tahu serba ringkas tentang kursus. Katanya masa agak suntuk untuk proses permohonan. Sebab kursus bermula pertengahan Jun depan. Mak oii... apa lagi, isi borang dan seterusnya fasa yang mendebarkan.....Nak hantar dan minta kebenaran daripada Big Boss perkhidmatan. Keduanya mahu minta sponsor laa sikit sebanyak..

Dalam hati telah nekad, ada sponsor ke tak ada ke sama saja. Aku nak pergi juga ke sana. Semoga Allah permudahkan urusan ke Jalan ilmu ini. Gelora hati tidak terkawal lagi. Seakan tiada sebarang sekatan yang boleh menghalang niat murni ini. Punya la taksub...hi..hi..

Bismillahirrohmanirohim...Masuk gear DBC 7485 terus ke Pejabat SUK.....Bersambungggg.....

Sebaik saja tiba di Amman..Terindah mimpi jadi nyata




MENCARI MH370: CUBALAH CARA INI !

Zaman kanak-kanak dahulu, orang tua selalu berpesan. Jangan bermain pada waktu maghrib, nanti diculik hantu. Katanya hantu akan menyembunyikan kanak-kanak yang degil di perdu buluh. Jenuh orang mencarinya, tetapi dua tiga hari baharulah ditemui dalam keadaan lapar dan cengkung.

Adakah pesawat MH370 ini disembunyikan hantu juga? Sebab ia berlepas pada lewat malam? jika ditanya kepada bomoh yang ntah apa-apa tu, pasti dijawabnya ya! 

Hampir seminggu MH menghilangkan diri tanpa khabar berita. Terlalu banyak sangat teori dan andaian pakar dalam pelbagai disiplin ilmu angkasa lepas.  Letih juga kita mendengarnya.

Naik ke langit lepas atau jatuh ke laut dalam. Atau mendarat di bumi. Pelik juga, sebesar-besar Boeing tu teknologi radar tidak mampu mengesannya. Itulah Kuasa Tuhan! Teknologi manusia amat terhad.

Allah mahu menguji manusia akhir zaman ini yang berbangga sangat dengan kepandaiannya. Bila berlaku begini, semoga ada manusia akan sedar betapa kecerdasan akal ini amat terbatas.

Walaupun solat hajat sudah dibuat di banyak tempat, tetapi nampaknya doa mereka masih belum  termakbul. Sama juga dengan solat sunat minta hujan (Istisqo'), Allah belum kabulkan lagi. Bumi terus gersang dan kehausan. Kenapa?

Jawabnya, sebab manusia semakin jauh dengan Tuhan. Manusia mula berbangga dengan kehebatan ciptaan akalnya. Berani mempersenda hukum hakam Allah dan peraturan hidup yang ditetapkan Tuhan.

Manusia berdosa untuk semua ini. Sebab itu lah doa sukar untuk dimakbulkan. Air sungai Nil kering pada zaman Sayyidina Umar, selesai dengan cara istighfar dan taubat. Hassan al Basri ketika ditanya apa cara untuk menyelesaikanm masalah kesempitan wang, hilang barang, mendapatkan zuriat, menenangkan jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Jawabnya satu sahaja. Beristighfarlah...mohon ampun  pada Tuhan

Rujuk banyak ayat-ayat dalam alQuran yang menceritakan semua ini. Salah satunya di dalam surah Nuh ayat 10-12. Para pemimpin disemua peringkat perlu menyeru diri sendiri dan anak buahnya agar BERTAUBAT, BERISTIGHFAR memohon keampunan dengan sebenar-benarnya kepada Allah. 

Baharulah berdoa dengan penuh rendah diri dan hina dina di depan Allah SWT. Insha Allah Allah akan perkenankan segala doa kita. Tetapi jika hati itu masih diseliputi riak, angkuh, rasa hebat dan sebagainya Allah tak akan makbulkan. Kadang-kadang kita anjurkan solat hajat pun bertujuan untuk meraih publisiti! masya Allah. 

Biar semua manusia sedar bahawa Allah yang mentakdirkan ini berlaku dan Allah jugalah yang akan mentakdirkan MH370 ini akan ditemui semula. Beristighfar banyak-banyak rakyat Malaysia dan Berdoalah kepadaNYA dengan ikhlas...Insya Allah, episod ini akan selesai dengan sebaiknya...Aminn...

Jaringan Berita