Terkini

Berapa Senkah Nilai Kemaafan di Pagi Syawal ?

SELAMAT MEYAMBUT IDULFITRI UNTUK SEMUA...

Mohon maaf jika tersalah dan tersentuh hati dengan kandungan blog yang sebelum atau selepas ini. Biasalah, kerana kita semua manusia biasa.

Itulah lazimnya ayat skeptikal yang tertera di mana-mana ruang apabila menjelangnya hari lebaran. Memohon maaf atas segala kesilapan kerana kealpaan atau keidaksengajaan adalah satu sikap terpuji dan mulia.

Tetapi memberi kemaafan atas segala kesilapan yang dilakukan orang lain terhadap diri kita, adalah satu sikap yang terlebih lagi hebat dan mulia.

Wajar dilakukan dengan ikhlas dan jujur dari lubuk hatimu yang suci. Tiada lagi dendam, prasangka dan tidak berpuas hati kepada sahabat kita. Mulai hari ini, mulakan lembaran baru dalam membeningkan hubungan silaturahim sesama insan.

Pastinya persekitaran hidup kita akan bertambah ceria dan kehadiran kita akan dirai dan dihargai. Hati akan tenteram dan jiwa akan disaluti kebahagiaan dalam melayari kehidupan yang singkat ini.

Ramai manusia yang suka dan berbangga bila dapat mempertahankan egonya. Katanya " Aku tak akan minta maaf atau aku tidak akan sekali-kali memaafkan kesalahannya sampai mati "!. Itulah sumpahan keramat yang terpacul dari mulut Si ego, sombong lagi takkabur ini. 

Ingatlah sahabat !,
Dosa sesama manusia hanya akan terampun oleh manusia. Dosa dengan Allah swt akan terampun dengan rahmat dan kasih sayangNya. Bertaubat dan memohon ampunlah dengan jujur dan bersungguh-sungguh ketika masih diberi peluang ini. Selagi roh masih setia menjadi tetamu jasad dan bersempena dengan Ramadan yang masih berbaki ini.

Justeru, sempena dengan fajar lebaran yang bakal menyinsing ini, ikhlas-ikhlaskan diri dalam meminta dan memberi kemaafan kepada semua makhluk Allah swt. Semoga 1 Syawal 1432H ini adalah yang terbaik dan terindah dalam hidup kita. InsyaAllah... 

0 Response to "Berapa Senkah Nilai Kemaafan di Pagi Syawal ?"

Jaringan Berita