Terkini

CARA MENCEGAH PENCURI

Akhir-akhir ini gejala curi semakin berleluasa dan kadang-kadang dilakukan secara tidak berperikemanusiaan. Sudahlah barang dicuri, nyawa kita pula terancam.

Kerana itu, kebanyakkan rumah pada hari ini sekali imbas bagaikan penjara. Dikelilingi dengan jeriji besi dan pelbagai jenis kunci. Semuanya bagi mengelakkan diceroboh oleh si pencuri laknat ini. 

Diperingkat nasional pula, hampir ratusan juga syarikat Telekom Malaysia rugi akibat gejala curi kabel di kampung-kampung. Semua talian telefon terputus dan urusan perhubungan tergendala. Seperti hidup pada zaman darurat. 

Justeru, untuk mengelakkan harta benda kita dicuri, dicadangkan satu lagi ikhtiar iaitu dengan membudayakan bacaan doa yang sangat mujarab untuk diamalkan. Satu doa yang diamalkan oleh Rasululah SAW dan para sahabat baginda (Rujuk Prof. Dato Dr. Haron Din, Darul Syifa') Bacalah doa ini sebelum meninggalkan kediaman. 

Baca dan hembuskan di pintu utama dan pintu pagar rumah. Baca pada kenderaan ketika mahu meninggalkannya. Insha Allah, dengan penuh yakin dan percaya kepada Allah semua barangan kita akan selamat.

Jika dicuri juga, maka redalah memang barang itu bukan rezeki kita. Tetapi setakat ini Alhamdulilah, ternyata doa dan amalan ini amat mujarab. Doanya seperti berikut :

0 Response to "CARA MENCEGAH PENCURI"

Jaringan Berita