Sekali dengar, macam bermimpi. Dua kali dengar, macam lagak filem hollywood. Tiga kali dengar, macam berlaku di negara luar. Empat kali dengar, baru sahih. 8 Mac 2014, Kapal Terbang MAS Boeing 777 berlepas dari KL-Beijing pada jam 12.41 pagi telah terputus hubungan dengan menara kawalan udara pada jam 2.40 pagi.
Banyak versi berita dan khabar angin dari pelbagai sumber yang menafsirkan misteri kehilangannya. Pada awalnya dikatakan mendarat di Lapangan Terbang Nanming, China. Cerita kedua pula melaporkan pesawat itu telah terhempas di Laut China Selatan. Terkini dikaitkan pula dengan pengganas!
Mungkin ada pula penemuan selepas ini, yang mengaitkannya dengan 'Segitiga Bermuda' di Laut China Selatan. Atau ada pula teori yang mengaitkannya dengan peristiwa kehilangan pesawat di langit Atlantik pada tahun 1945 yang tiba-tiba muncul semula selepas 35 tahun kemudian. Katanya pesawat itu diterbangkan ke alam lain (Tak pasti kesahihannya).Mungkinkah? Harapnya tidak.
Kebanyakan insiden kapal terbang ini penuh dengan misteri. Tidak ada jawapan yang konkrit. Contohnya tragedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977, masih misteri sehingga kini. Kisah rampasan pesawat pada 11 september juga begitu. Terlalu banyak cerita disebaliknya. Sehinga merubah lanskap politik dunia. Belum dikira misteri kapal terbang dan kapal laut yang ditelan di kawasan Segi Tiga Bermuda lagi.
Sehingga ke saat ini seluruh dunia masih tertunggu-tunggu apa kesudahan episoh MH370 ini. Air mata sekalian ahli waris sudah kering. Cuba bayangkan sejenak, apa perasaan kita jika salah seorang mangsa itu adalah ahli keluarga kita juga? Tak terkata.
Pak Menteri, para CEO MAS, pihak tentera sudah tidak lena tidur. Seluruh dunia menghalakan matanya ke Malaysia atau lebih tepatnya MAS. Apa tindakan seterusnya. Sebagai orang awam pula, tidak perlulah bersungguh sangat menyebarkan berita palsu yang bertaburan di media maya itu. Boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Kita doakan yang terbaik untuk semua. Sebagai umat Islam kita mesti redho dengan takdirNYA. Sehebat dan secanggih manapun alat pengesan dan pesawat, jika belum diizinkan Allah, manusia akan terus mencari-cari jawapanya. BERDOALAH kepadaNYA. Semoga kes ini akan selesai dalam tempoh singkat.
0 Response to "KE MANA MENGHILANGNYA MH370? "
Post a Comment