Gegak gempita seluruh negara kisah al Quran yang diselerakkan di dalam tandas di beberapa buah masjid di daerah Besut Terengganu. Seperti biasa ramai yang memberi respon yang pelbagai disamping membuat laporan polis. Masing-masing mahu menunjukkan kecintaan kepada al Quran. Satu sikap yang amat bagus dan sepatutnya ada dalam diri setiap Muslim.
Jika ditanya kepada si mental itu, kenapa dia mencampakkan Kitab suci dan teragung itu ke dalam tandas? Bagaimana jika Si mental itu jawab :
i. Sebab aku kecewa dengan umat Islam pada hari ini yang tidak suka belajar al Quran dan mengamalkannya. Maknanya alQuran semacam tidak ada tempat dalam kehidupan umat Islam. Secara tidak langsung sudah ramai umat Islam yang mencampakkan alQuran jauh dari kehidupan mereka. Sebab itu Tuhan turunkan pelbagai masalah.
ii. Bila aku buat begini, sekurang-kurangnya orang akan berfikir, al Quran ini bukan hanya perlu dimuliakannya dari dicampak, dibuang sesuka hati tetapi perlu dipraktikkan dalam sistem hidup kita.
iii. Kadang-kadang orang yang kuat sangat mengutuk perbuatan campak alQuran itu, solat pun tak pernah buat! Sama juga dengan orang yang begitu hebat mahu mempertahankan kalimah Allah, tetapi dia sendiri mengabaikan hak-hak Allah dalam hidup seharian.
Kisah ini juga sama dengan satu cerita yang berlaku di sebuah kampung beberapa tahun lalu. Penduduk kampung dikejutkan dengan laungan azan pada jam 11.30 pagi. Maka ramailah anak mukim yang datang menjenguk ke masjid, untuk melihat siapa empunya kerja itu.
Setelah dilihat seorang lelaki kurang siuman berada di situ, orang ramai mula bertanya. Apa hal yang kau azan zuhur ni pada waktu ini? Maka si gila itu jawab...." ooooo..kalau aku azan jam 11.30 pagi baru kau orang semua nak datang ke masjid. Tetapi yang bilal duk azan ketika masuk waktu tu, berapa orang dikalangan kamu ni yang hadir berjemaah? Semua terkebil-kebil tak mampu nak menjawabnya.
Justeru, marilah kita semua membuktikan kemuliaan alQuran itu dengan cara mempelajari, memahami dan mengamalkannya. Bukan hanya menjaga wuduk sahaja ketika mahu membacanya..
0 Response to "PUNCA SI MENTAL ITU CAMPAK ALQURAN"
Post a Comment