Zaman kanak-kanak dahulu, orang tua selalu berpesan. Jangan bermain pada waktu maghrib, nanti diculik hantu. Katanya hantu akan menyembunyikan kanak-kanak yang degil di perdu buluh. Jenuh orang mencarinya, tetapi dua tiga hari baharulah ditemui dalam keadaan lapar dan cengkung.
Adakah pesawat MH370 ini disembunyikan hantu juga? Sebab ia berlepas pada lewat malam? jika ditanya kepada bomoh yang ntah apa-apa tu, pasti dijawabnya ya!
Hampir seminggu MH menghilangkan diri tanpa khabar berita. Terlalu banyak sangat teori dan andaian pakar dalam pelbagai disiplin ilmu angkasa lepas. Letih juga kita mendengarnya.
Naik ke langit lepas atau jatuh ke laut dalam. Atau mendarat di bumi. Pelik juga, sebesar-besar Boeing tu teknologi radar tidak mampu mengesannya. Itulah Kuasa Tuhan! Teknologi manusia amat terhad.
Allah mahu menguji manusia akhir zaman ini yang berbangga sangat dengan kepandaiannya. Bila berlaku begini, semoga ada manusia akan sedar betapa kecerdasan akal ini amat terbatas.
Walaupun solat hajat sudah dibuat di banyak tempat, tetapi nampaknya doa mereka masih belum termakbul. Sama juga dengan solat sunat minta hujan (Istisqo'), Allah belum kabulkan lagi. Bumi terus gersang dan kehausan. Kenapa?
Jawabnya, sebab manusia semakin jauh dengan Tuhan. Manusia mula berbangga dengan kehebatan ciptaan akalnya. Berani mempersenda hukum hakam Allah dan peraturan hidup yang ditetapkan Tuhan.
Manusia berdosa untuk semua ini. Sebab itu lah doa sukar untuk dimakbulkan. Air sungai Nil kering pada zaman Sayyidina Umar, selesai dengan cara istighfar dan taubat. Hassan al Basri ketika ditanya apa cara untuk menyelesaikanm masalah kesempitan wang, hilang barang, mendapatkan zuriat, menenangkan jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Jawabnya satu sahaja. Beristighfarlah...mohon ampun pada Tuhan
Rujuk banyak ayat-ayat dalam alQuran yang menceritakan semua ini. Salah satunya di dalam surah Nuh ayat 10-12. Para pemimpin disemua peringkat perlu menyeru diri sendiri dan anak buahnya agar BERTAUBAT, BERISTIGHFAR memohon keampunan dengan sebenar-benarnya kepada Allah.
Baharulah berdoa dengan penuh rendah diri dan hina dina di depan Allah SWT. Insha Allah Allah akan perkenankan segala doa kita. Tetapi jika hati itu masih diseliputi riak, angkuh, rasa hebat dan sebagainya Allah tak akan makbulkan. Kadang-kadang kita anjurkan solat hajat pun bertujuan untuk meraih publisiti! masya Allah.
Biar semua manusia sedar bahawa Allah yang mentakdirkan ini berlaku dan Allah jugalah yang akan mentakdirkan MH370 ini akan ditemui semula. Beristighfar banyak-banyak rakyat Malaysia dan Berdoalah kepadaNYA dengan ikhlas...Insya Allah, episod ini akan selesai dengan sebaiknya...Aminn...
0 Response to "MENCARI MH370: CUBALAH CARA INI !"
Post a Comment