Mimpi untuk menjejaki bumi Jordan ini telah lama tertanam. Secara serius bermula tahun 2007. Mungkin tertarik dengan kesan sejarahnya yang unik, misteri lagi mengkagumkan. Bumi anbiya' dan tanah Syam yang diberkati dalam doa Nabi Muhammad SAW.
Suka sangat dengar kisah hidup pelajar kat sana. Sama ada melalui blog ataupun rakan sekerja. Rasa teringin sangat-sangat untuk ke sana. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Mesti best dan ada kelainan!
Tahun berganti tahun, rupanya aku hanya bermimpi. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui niat suci ini. Kabulkanlah. Itulah doa yang sering dilafazkan. Halangan utama tentulah kuasa wang. Keduanya, kebenaran Big Boss. Ya la, hajatnya mahu tinggal disana sekurang-kurangnya sebulan. Logiknya, kalau sekadar untuk melancong, confirm tak lulus lerrr...
Allah maha berkuasa menentukan segalanya. DIA yang memperkenankan doa bagi hambaNya yang ikhlas. Sesuatu yang telah diizinkanNya,sudah pasti ada kebaikkan untuk kita.
29 Jumadil Akhir 1435 (Mei 2014) telah membuktikannya. Peluang telah terbentang. Tertera iklan, "Kursus Bahasa Arab di Jordan" musim panas (Soifi). Kursus singkat hanya sebulan lebih. Kredit untuk penganjur Goldcrescent Sdn Bhd.
Huhhh...Allah telah bagi jalannya. Tinggal lagi kita perlu berusaha sikit. Terus berhubung dengan penganjur untuk tahu serba ringkas tentang kursus. Katanya masa agak suntuk untuk proses permohonan. Sebab kursus bermula pertengahan Jun depan. Mak oii... apa lagi, isi borang dan seterusnya fasa yang mendebarkan.....Nak hantar dan minta kebenaran daripada Big Boss perkhidmatan. Keduanya mahu minta sponsor laa sikit sebanyak..
Dalam hati telah nekad, ada sponsor ke tak ada ke sama saja. Aku nak pergi juga ke sana. Semoga Allah permudahkan urusan ke Jalan ilmu ini. Gelora hati tidak terkawal lagi. Seakan tiada sebarang sekatan yang boleh menghalang niat murni ini. Punya la taksub...hi..hi..
Bismillahirrohmanirohim...Masuk gear DBC 7485 terus ke Pejabat SUK.....Bersambungggg.....
0 Response to "PENGALAMAN MANIS DI JORDAN : SIRI SATU"
Post a Comment