Semenjak uzur, Tok Guru (Allahuyarhamuhu) berceramah sekitar 10 hingga 15 minit sahaja di pentas (Kecuali di Dataran Ilmu). W/pun singkat, tetapi kesannya cukup mendalam.
Pasti ada 'buah baru' yang kita dapat. Huraian dan pandanganya cukup tajam dan bernas. Boleh simpan dan amal terus. Orang Kelantan kata 'Buah Kilas'. Tok Guru terkenal dengan buah kilasnya yang hebat dan kadang-kadang agak melucukan. Contohnya, untuk hadapi politik 'baggi barang' Tok Guru pesan " Bagi gula kaca, bagi pitih ambik..Tapi undi PAS!
Suaranya amat perlahan terutamanya ketika baru memulakan ceramah. Rupanya cara itu cukup berkesan untuk mendiamkan pendengar. Biasanya orang akan berhenti bercakap bila Tok Guru berucap. Khusyuk semacam menanti luruhnya buah kilas.
Wpun tajuk yang dibicarakan itu sudah banyak kali diulas orang. Contohnya, bab peristiwa hijrah atau Maulidur Rasul. Dalam kepala kita pasti ada input-input yang sering diulang siar oleh kebanyakkan penceramah. Tetapi tidak pada Tok Guru. Isinya tetap up to date dan malar segar.
Kata-katanya mendorong kita untuk terus beramal. Tok Guru pernah beritahu, ketika kita sedang memandu kenderaan tiba-tiba terdengar laungan azan, Sebolehnya cuba terus menuju ke masjid berdekatan. Latih diri untuk solat berjemaah pada awal waktu. Kesannya cukup besar kepada diri dan kehidupan. Sejak dari itu, saya sering mengamalkannya.
Kenapa ceramah dan kata-katanya hebat dan berkesan? ini jawapannya :
- Tok Guru seorang yang beramal dengan ilmunya. Bila bercakap tentang fadhilat sedekah, beliau sudah menginfaqkan sebahagian gajinya untuk manfaat rakyat selama 23 tahun. Tok Guru bercakap tentang riba, beliau telah arahkan duit kerajaan negeri dipindahkan ke akaun perbankan Islam. Begitu juga dengan judi, arak dan lain-lain. Inilah sunnah Nabi, para sahabat dan orang-orang Soleh terdahulu. Bercakap dan amalkan. Sebab itu mereka dikurniakan karomah atau 'mulut masin'.
- Hatinya bersih. Berkat dari amalan kerohanian yang konsisten. Solat yang khusuk, berpuasa sunat, bertahajud, solat dhuha, berzikir, membaca alQuran, bersedekah, sentiasa berwuduk dan sebagainya. Kata-kata indah, tajam dan menusuk kalbu terbit dari lubuk hati yang suci. Ikhlas kerana Allah semata-mata.
- Tok Guru amat tegas dalam kebenaran dan menentang kemungkaran secara istiqomah. Tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Biasa diugut, pernah diancam bunuh dan sebagainya. Berhenti. No Way..
- Beliau seorang yang luas pembacaan dan dikategorikan sebagai ulat buku. Di dalam kereta pun sempat lagi membaca sebelum berceramah. Tidak mustahil huraianya mencakupi ilmu sains, teknologi, sejarah, falsafah dan sebagainya.
- Sarat dengan pengalaman hidup. Bertahun merantau di India, Pakistan, Mesir dan sebagainya. Mampu berbahasa Arab, Urdu dengan fasih. Sedikit sebanyak menguasai Bahasa Inggeris, Cina dan Francis. Pengalaman inilah yang mematangkan diri dan menjadikan dirinya politician dan pendakwah yang disegani lagi berwibawa.
- Suka menggunakan analogi dalam berceramah. Teknik ini dapat memahamkan lagi pendengar. Contohnya, bila kaki manusia tebal dan kasar pijak duri pun tak terasa apa-apa. Tetapi, jika nipis akan cepat terasa sakitnya. Begitulah dengan hati manusia. Apabila dah berkarat dan kesat dengan kotoran payah untuk menerima kebenaran.
- Satu lagi kelebihan Tok Guru yang paling ketara ialah mempunyai ilmu mantiq yang tinggi. Ilmu logik ini amat diperlukan ketika berhujah dan menulis. 'Beliau sering menggunakan senjata lawan (Senjata yang sama) untuk membalas serangan lawan'. Contoh, UMNO tak terima hudud sebab ini hudud PAS. OK tak po, tapi mano hudud UMNO? Hok selari dengan al Quran? kalau demo boleh wat mari kawe nak pakai (guna) hudud demo tu. Sehingga kini cabaran itu tidak bersahut!
Inilah antara ciri penghujah atau ahli politik yang handal seperti yang dijelaskan oleh Sir. Winston Churchill.
*** al Fatihah untuk Tok Guruku...
0 Response to "KENAPA CERAMAH TOK GURU NIK AZIZ DIMINATI, HEBAT DAN BERBEKAS?"
Post a Comment