Terkini

Segenggam Garam

Seorang Guru Tasauf menghampirinya anak muridnya yang kelihatan sedang menanggung masalah hidup yang berat. Setelah diceritakan segala masalah itu, fahamlah guru berkenaan bahawa muridnya itu sedang berkecamuk dengan ujian hidup yang ditempuhinya kini.

Hidup dan masalah ibarat irama dan lagu
Maka si guru tadi mengambil segenggam garam dan dibubuhkan ke dalam segelas air. Cuba kau minum air ini, katanya kepada anak murid itu. Setelah diminum, maka ditanya oleh guru itu, " apa rasanya " ?. Jawabnya " masin sungguh ". Setelah itu diajak anak muridnya ke tepi tasik berdekatan. Tidak semena-mena guru tadi menghamburkan segenggam garam ke dalam tasik itu. Sesudah itu, maka disuruh anak muridnya itu meminum air tasik berkenaan. Apa rasanya ?, Sungguh segar dan sejuk airnya.

Demikianlah jiwa atau minda kita dalam menghadapi musibah dan masalah dalam kehidupan ini. Jika berjiwa kecil dan lemah maka sedikit masalah hidup dirasakan terlalu berat. Tetapi jika kita berjiwa besar segala ujian dan cabaran itu tidak memberi kesan atau menggangu ketenangan diri. Justeru, jadilah orang yang berjiwa besar dalam kehidupan ini !.

0 Response to "Segenggam Garam"

Jaringan Berita