Terkini

Jasa Handphone saat-saat cemas

Pertamanya, saya nak maklumkan ini bukan iklan NOKIA. Sekadar satu perkongsian gunanya handphone ketika kita terdesak dan berada dalam situasi genting dan cemas, iaitu :
 
1.Nombor Kecemasan

Ingat, nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan daillah nombor kecemasan 112. Nombor ini juga boleh terus didail walaupun papan kekunci dikunci (Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta di dalam kereta? Kereta terkunci dari luar. Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk membuka pintu. Jangan takut, berselawat banyak-banyak. Bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja. Caranya, hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta tersebut. Pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.


3. Kuasa bateri tersembunyi

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan. Sebenarnya ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Ketika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan hidup semula dan skrin telefon akan memberitahu tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(Bukan semua telefon Nokia)


4. Telefon dicuri

Bagaimana untuk mematikan semua fungsi telefon anda yang telah dicuri. Biar padan muka si pencuri itu. Caranya, sebelum telefon itu hilang atau dicuri (Mula-mula beli) pastikan anda menyimpan no. Siri hp anda. Cara untuk dapatkan no. Siri ialah dengan mendail *#06#. 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa pun tidak dapat menggunakannya lagi.

SELAMAT MENCUBA...Kredit to dunia pelik

0 Response to "Jasa Handphone saat-saat cemas"

Jaringan Berita