Terkini

'Jual Bini '

Takut sangat bila terbaca muka depan Harian Metro hari ini. Macam-macam cerita pelik akhir-akhir ini. Kisahnya bukan sebagaimana tajuk berita. Sebetulnya bukan beli tetapi seakan-akan beli.


Apabila seorang isteri bermasalah dengan suaminya, lazimnya dia akan mencari tempat mengadu masalah tersebut kepada rakan-rakan yang sekepala dengannya. Kebetulan pula rakan itu seorang lelaki yang dilihat seorang yang penyayang, memahami dan boleh dipercayai. Habislah diceritakannya. Dari luar kelambu sehingga ke kisah dalam selimut.

Si lelaki pula, apa lagi mula tunjuk skill sebagai kaunselor yang hebat. Akhir sekali jatuh cinta. Krisis rumahtangga isteri malang tadi bertambah teruk. Si suaminya pula mula buntu dan merasakan tidak ada lagi jalan perdamaian. Istana cinta yang dibina sekian lama kini diambang kemusnahan. Jalan yang paling mudah, ke mahkamah Syariah dan buat permohonan cerai dengan alasan tidak lagi ada persefahaman.

Lebih memburukkan lagi keadaan si suami ini pula bukanlah baik sangat. Dia akan bagi syarat kepada si isteri yang terkapai-kapai ini. "Boleh kalau kau mahu aku cerai, dengan syarat bercerai secara 'tebus talak'. Aku  setuju ceraikan engkau, jika kau sanggup membayar sejumlah wang yang aku perlukan.

Si isteri apa lagi tunggu. Inilah masa terbaik yang perlu direbut. Kekasih pula seorang yang berwang. Berapa belas ribu yang suami mahu sanggup dibayarnya. Janji dia dapat hidup bersama dengan lelaki barunya itu. Eeeeee...kesian dan takutnya. Permohonan dan prosedur di Mahkamah Syariah pun bermula sebagaimana skrip yang diatur. Maka bercerailah satu pasangan ini secara tebus talak. Semoga menjadi renungan untuk semua...

0 Response to "'Jual Bini '"

Jaringan Berita