Terkini

Rizal Hashim Bermain Api

 " Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas."

........" Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan? ".....

- Petikan dari Loose Cannon


Berani sungguh Blogger Rizal Hashim ni. Dari satu sudut bagus juga ada orang semacam ini. Telus, jujur berterus terang dan berani ambil risiko ! Tapi tengok isu juga lah. Sehinggakan Sultan (Timbalan YDPA Malaysia) pun boleh dihentam secara halus ...Ini kira sudah melampau laaa...

YAB. MB Terengganu juga dibudak-budakkannya seolah-olah tak tahu apa benda pasal peraturan dunia bolasepak ni.....Apapun kita saksikan kesudahan kisah 'Anak kecil main api'...Siapa yang akan terbakar... 

1 Response to "Rizal Hashim Bermain Api"

Jaringan Berita