Nasib beberapa pemain import kini bagai telur di hujung tanduk. Mendebarkan. Antara kesian, kos, maruah, survival pasukan perlu dipertimbangkan dalam menghadapi kemelut ini. Katanya, prestasi awang import ini tidak berbaloi. Sepatutnya lebih dominan lagi menonjol sebagai singa padang. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Hambar dan bagai melukut di dalam pasukan.
Pasukan Kelantan (TRW), Kedah sang Kenari serta T-Team paling banyak memperkatakan hal ini secara terbuka. Apa kesudahannya ? Peluang kedua pendaftaran pemain import yang diberikan oleh FAM sedang dimanfaatkan.
Liga Super baru bermula. Masing-masing pasukan mula menunjukkan kehebatan dan kelemahan di sana sini. Sudah ada kelab penyokong yang merusuh dan mendesak pihak pengurusan letak jawatan ekoran prestasi hambar pasukan kesayanganya. Ada pula pemain yang bergaduh di dalam padang. Macam liga kampung pulak dah. Tetapi bergaduh pasal bola ni perkara biasa. Pasukan bertaraf dunia juga bergaduh dan merusuh sampai hilang nyawa. Keranamu bolasepak! Pendek kata sama saje. Sebab mereka adalah manusia biasa.
Persoalannya ialah :
1. Adakah pemain import berkenaan belum serasi? Sudah tiga empat kali mengharungi perlawanan rasmi masih belum serasi? Tetapi ada import (Terengganu) hanya beberapa ketika bersama terus meledak menunjukkan taring importnya !
2. Adakah disebabkan oleh masalah komunikasi atau tiada sokongan daripada rakan sepasukan (pemain tempatan). Rasanya macam mustahil.
3. Atau sebab pemain tempatan kita sekarang telah mempunyai skill individu bertaraf dunia dan mampu menyaingi mat import. Telahan ini mungkin ada benarnya. Lihat saje corak permainan 'Super Mokh' Malaysia tu.......Mat Yo, kelasss sangat!
4. Atau mereka tidak biasa dengan corak permainan di Liga Malaysia. Sama ada dari segi tempo atau taktikal permainan. Mungkinkah ?
Apa pun analisa sama-sama kita nantikan sedikit masa lagi. Siapakah antara awang import panas itu yang akan 'tarik beg' (Macam peserta AF). Mereka perlu bermuhasabah, di mana silapnya. Pemain tempatan pula perlu buktikan bahawa KITA tetap yang terbaik. Episod Liga masih panjang....................
3 Responses to "Siapa pemain import yang akan dibuang ?"
/Ustaz...
nanti ustaz share berkenaan cara2 kempiskan perut yer
Awal lagi nak tunjuk belang pom...hehe tapi kalu lamo main pun dok rok baik x payoh ado..ngabih seng jah :))
Asha..klu kritikal ok sje... jihan...kagum dgn penulisan novel tu..
Post a Comment