Terkini

BERSIH sekelilingmu

Hari ini aku bangun terlalu awal, jam 2 pagi. Ketika ini idea datang mencurah-curah. Pagi nanti idea ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk perkongsian pula. Sana sini orang ramai masih lagi bercakap malah ada yang  bercakaran mengenai Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.


Laporan antarabangsa..
 Sudah Jam 5pagi rupanya. Aku mula bersihkan diri dengan memberus gigi dan mandi. Berwuduk untuk bersihkan kotoran zahir dan penyakit batin. Mengerjakan Solat sunat untuk membersih dan menjernihkan keimanan kepadaNya. Damai sungguh bila memiliki jiwa yang bersih. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan di dalam lembah kehidupan ini. Teringat pula intipati buku Di dalam Lembah Kehidupan karya Prof. HAMKA Ulamak ternama. Beliau adalah Ulamak yang bersih mindanya.

Semua negara impikan persekitaran yang bersih. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang bersih. Sistem pentadbiran yang bersih dan rakyat yang pembersih. Dengan bersih banyak penyakit dapat dihindari. Kerana itu, bersih itu dikatakan sebahagian dari iman.

Para penunjuk perasaan juga perlu memiliki jiwa dan minda yang bersih. Akhlak yang terpuji lahir dari jiwa yang bersih. Ini bermakna, sebelum menuntut sesuatu yang bersih itu, diri sendiri terlebih dahulu kena bersih. Jika tidak, hasil perjuangan menjadi tidak bersih. Bila hasilnya tidak bersih, maka digelar orang sebagai kotor. Bila sudah kotor, maka akan ada orang yang akan membersihkannya pula. Begitulah putaran hidup di dunia yang sememangnya tidak bersih ini.

Foto yang mempunyai pelbagai tafsiran
Semua orang mendakwa dirinya bersih. Orang akan marah jika dikatakan kepadanya " Kamu ni pengotor ". Semua orang cuba menampilkan imej yang bersih. Dilihat bersih itu amat penting daripada sebenar-benarnya bersih. Ini kata tokoh pemikir politik ulung iaitu Niccolo Machiavelli (1469-1527). Lebih tepat lagi, sejujurnya lakonan itu amat penting dalam kehidupan.

Oleh itu, bersihkan diri sendiri dari unsur yang tidak bersih. Pastikan ahli keluarga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bersih dalam masyarakat. Gejala sosial itu salah satu contoh budaya yang tidak bersih. Jika keluarga sudah bersih maka barulah kita memiliki kehidupan yang bersih. 

Di Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini kakitangannya masih sibuk membersihkan kawasan yang diadakan perhimpunan bersih itu. Susah juga membersihkan kawasan yang agak bersih selepas ia tidak lagi bersih !. Wah !. jarum jam menunjukkan pukul 7pagi. Aku perlu bersihkan diri sekali lagi agar kelihatan lebih bersih.  



 

0 Response to "BERSIH sekelilingmu"

Jaringan Berita