Terkini

Tiga jalan Syaitan

Si Syaitan yang tidak ada masa rehat
Pagi tadi telinga ini terdengar satu kuliah subuh yang cukup menyentuh hati. Kata si penceramah, seorang ahli tasauf terkenal yang bernama Hatim menceritakan pengalaman rohaninya dalam proses penyucian jiwa. Katanya, ada tiga jalan utama yang digunakan Syaitan untuk membisikkan rasukan atau jarumnya ke dalam minda anak Adam. Bila telah terkena inject ini, maka layu dan hancurlah nilai diri seorang manusia.

Bisikan pertama, Apa yang kamu nak makan pada hari ini ?. Fikirkan soal perut dan seleramu. Mana satu restoran yang masyhur. Sibuk-sibukkan diri tentang perut. Makan banyak-banyak dan kesannya amat buruk kepada minda dan fizikal. Penyakit malas, dungu dan obesiti antara kesan utama.

Bisikan kedua, apa yang kamu nak pakai hari ini. Baju fesyen dan jenama apa ?. Warna matching ke tak dan sebagainya. Sibuk-sibukkan diri dalam perlumbaan baju siapa paling mahal dan terkini di tempat kerja. Kemudian berbanggalah kita dengannya.

Bisikan ketiga ialah ke mana mahu pergi hari ini ?. Fikirkan soal destinasi dan kenderaan yang akan digunakan. Inilah tiga isu yang melingkari di dalam kehidupan manusia. 


Untuk menangkis bisikan ini, aku melatih diri untuk menjawab seperti berikut. Soal makan, aku mahu makan sebuah kematian. Tanah dan ulatnya. Soal pakaian aku mahu pakai kain kafan yang suci bersih itu. Tentang arah destinasi pula, aku sebenarnya sedang menuju ke kubur. Ringkasnya, penawar paling mujarab untuk merawat kemegahan diri ialah dengan mengingati kematian. Ketika itu akan luruhlah segala ego dan ketinggian ujub.

Soalnya, adakah kita tidak boleh bercakap dan berfikir terhadap tiga isu berkenaan ?. Sedangkan ia adalah perkara rutin dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya si Sufi tadi menggunakan ayat yang terlalu dalam untuk difahami dan dihayati. Maksud sebenarnya ialah........Bersambung ke siri dua...

  

0 Response to "Tiga jalan Syaitan"

Jaringan Berita