Terkini

Arsenal VS Malaysia : Buku bertemu ruas

Hebat... Mahali Jasuli sedang menggelecek dua 
pemain Arsenal
  


  Kehebatan pilihan Malaysia benar-benar teruji ketika berdepan dengan pilihan Arsenal dalam aksi persahabatan Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Pasukan The Gunner memulai aksi agak longlai, gugup dan kadang-kadang hilang arah. Tetapi mula menemui rentak dan membaham Harimau Malaya dengan 4 gol berbalas 0.

Tetapi Harimau Malaya tidak mudah lemah semangat. Semangat melawan berterusan dan mula menunjukkan taringnya yang sebenar. demi menjaga hati pasukan pelawat dan untuk mengelakkan gergasi bolasepak Eropah mendapat aib maka keputusan semalam dikira berbaloi.

Apapun perlawanan semalam dilihat lebih kepada pendedahan untuk mempertajamkan skill pemain negara. Pujian harus dihamburkan kepada kesebelasan pemain yang berkesempatan beraksi. Walaupun sesekali dilihat hilang arah dan tidak fokus, tetapi disiplin permainan agak baik. Hajat hati nak peluk gunung.....Tetapi.........Tahniah kepada Wira Malaya, pertembungan semalam boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat. Bertenaga dan menghiburkan.

Banyak lagi tugas, strategi dan taktikal yang perlu dipelajari dan diterapkan oleh jurulatih kepada para pemain negara. Proses membina pasukan hebat tidak semudah menyediakan Mee Maggi. Ini satu pengalaman berguna untuk mengenali siapa kita !. Dengan kemahuan, kesungguhan dan perancangan yang rapi maka tidak mustahil suatu hari nanti, kita mampu mengulangi era gemilang Harimau Malaya pada era 80-an dulu. InsyaAllah.

Analisa Perlawanan .................Pasukan The Gunners memulakan langkah mereka dengan penuh bergaya apabila....
menyumbat gol pertama seawal minit keempat hasil sepakan penalti Aaron Ramsey sebelum Theo Walcott menambah jaringan sejurus sebelum tamat babak pertama.

Carlos Vela dan Tomas Rosicky turut menyumbang kepada jumlah jaringan Arsenal pada minit ke-59 dan 90 untuk melengkapkan derita pasukan tuan rumah.

Arsenal menurunkan hampir kesemua kesebelasan utama mereka dengan Rosicky, Samir Nasri dan Robin van Persie di bangku simpanan. Kapten pasukan Cesc Fabregas tidak menyertai jelajah kali ini kerana sedang pulih daripada kecederaan.

Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti, sekaligus menghadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Ramsey, yang memperdayakan penjaga gol negara, Mohd Nasril Mat Nourdin untuk gol pertama Arsenal.

Malaysia mula menyerang dengan barisan serangan diketuai oleh Norshahrul Idlan Talaha menerusi sayap kiri namun kekentalan barisan pertahanan Arsenal seringkali mematahkan gerakan menarik pasukan negara.

Safiq Rahim dan Ahmad Faakri Saarani turut menguji penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny namun ketangkasan penjaga gol muda itu memastikan gawang mereka tidak berjaya dibolosi.

Tujuh minit sebelum masa rehat, Walcott mengutip hantaran Wilshere dan kemudian melambung bola melepasi Mohd Nasril untuk gol kedua Arsenal.

Masuk babak kedua, jurulatih Malaysia K. Rajagobal membuat pertukaran dengan memasukkan Andul Hadi Yahaya dan Khairul Fahmi Che Mat namun kedua-dua pemain itu gagal membantu gawang Malaysia dibocori buat kali ketiga pada minit ke-59.

Kali ini giliran Carlos Vela yang menyumbat gol dari kiri gawang Malaysia menewaskan Khairul Fahmi, yang terpaksa bekerja keras untuk mematahkan serangan demi serangan pasukan pelawat.

Arsene Wenger kemudian memasukkan para pemain bintangya, Andrei Arshavin, van Persie dan Nasri untuk terus menambah jaringan namun mereka terpaksa menunggu sehingga minit-minit terakhir perlawanan untuk melengkapkan kemenangan bergaya tersebut.

Serangan balas Arsenal membuahkan hasil dengan Rosicky menyumbat gol keempat dan terakhir perlawanan, dan jika bukan kerana Arsenal memperlahankan tempo perlawanan, gawang Malaysia berkemungkinan besar dibolosi lagi.

HIDUP HARIMAU MALAYA !!!

0 Response to "Arsenal VS Malaysia : Buku bertemu ruas"

Jaringan Berita