Terkini

Liverpool nyaris kena boooooo....

Harimau Malaya nyaris membaham The Reds. Suspen bunyinya dan inilah jangkaan muka depan akhbar keesokan harinya jika pasukan Malaysia dapat mengekalkan tempo permainan mantap 45 minit pada babak pertama perlawanan. Gergasi bolasepak England dan Eropah itu memang tidak bermaya sebaik sahaja wisel ditiupkan pada awal permainan. Liverpool nyaris diaibkan oleh Harimau Malaya !.

Ambik Kau Liverpool...
Rupanya 'Cencaru makan petang'. Itulah ungkapan paling sesuai untuk merumuskan pertarungan berkelas tinggi antara pasukan Liverpool dan Harimau Malaya yang berkesudahan pelawat menjaringkan 6 gol berbalas 3. Harimau Malaysia ternyata tidak goyah apabila berani mengasak kubu Liverpool, yang kelihatan sedikit kepenatan dan kehilangan rentak. Hasil usaha keras Wira Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Safiq Rahim dengan tenang menyempurnakan sepakan percuma tiga minit sebelum babak pertama berakhir, menewaskan penjaga gol, Brad Jones.


Untuk mengelak dimalukan dan demi menjaga status juara Eropah lima kali maka pada babak kedua The Reds merehatkan hampir keseluruhan kesebelasan utama Liverpool untuk digantikan dengan pemain-pemain simpanan. Bintang-bintang seperti Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Alberto Aquilani dan David Ngog diturunkan.

Pada minit ke 67, Liverpool kembali di hadapan apabila Ngog mempamerkan tindakan penyudah yang tajam menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kelahiran Perancis itu tidak mengambil masa lama untuk menggandakan akaun golnya apabila dua minit kemudian, dia merembat kencang ke arah kiri pintu gol Malaysia menewaskan penjaga gol Kelantan itu.

Tersentak dengan kehilangan dua gol berturut-turut, Malaysia kemudian menurunkan penyerang sensasi negara Safee Sali untuk mempertajamkan barisan serangan. Bekas penyerang Selangor itu segera menguji penjaga gol Liverpool dengan rembatan leret pada minit ke-72.

Liverpool terus mengamuk apabila pada minit ke-74, Maxi Rodriguez menyudahkan hantaran silang daripada kiri pintu gol Malaysia untuk gol keempat mereka, membuatkan Khairul Fahmi mengeleng-gelengkan kepala dengan prestasi hambar barisan pertahanannya itu.

Safee Sali terus mempamerkan persembahan hebat apabila rembatan derasnya pada minit ke-77 terpaksa ditepis keluar oleh Martin Hansen, yang masuk menggantikan Brad Jones pada permulaan babak kedua.

Seminit kemudian usaha keras Safee Sali akhirnya membuahkan hasil apabila dia menolak masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas Hansen setelah Mohd Amirulhadi menghantar bola leret dari kiri pintu gol Liverpool.

Stadium Nasional sekali lagi bergegar apabila Safee Sali menewaskan perangkap ofsaid Liverpool dan melorongkan bola melepasi jangkauan Hansen sekali lagi pada minit ke-81 untuk gol ketiga Malaysia.

Pemain kelab Pelita Jaya itu terus menghuru-harakan barisan pertahanan Liverpool, yang jelas bergelut untuk menangani kelincahan pemain itu. Ketika ini, trauma dihambat 4-3 oleh Guandong Sunray Cave sekali lagi menghantui pasukan The Reds ini

Namun Liverpool akhirnya lega apabila Maxi menanduk kemas hantaran Kuyt daripada arah kanan untuk gol kelima Liverpool ketika aksi sudah pun masuk ke masa tambahan. Para penyokong yang membanjiri stadium terus dihiburkan dengan gol keenam Liverpool apabila Kuyt menyudahkan hantaran Aquilani untuk gol terakhir perlawanan. Apapun kesudahannya, HARIMAU MALAYA MEMANG HEBAT ! Tahniah atas usaha dan kesungguhan pemain.

0 Response to "Liverpool nyaris kena boooooo...."

Jaringan Berita