Terkini

Suatu hari di pejabat Pos

Seingat aku, kali terakhir berurusan di pejabat Pos ialah pada tahun 2009 yang lalu. Beberapa hari lepas sekali lagi aku gagahkan diri untuk ke sana. " Kak, minta stem 30 sen sepuluh". Aku memulakan perbualan dengan seorang kakitangan pos di kaunter. "Stem 30 sen mana ada lening ", ujarnya sambil tersenyum, paling kecik pun 60 sen ".  Katanya lagi. " Laaaa...ya, ko.....Manalah saya tau. Malunya rasa... 

Berurusan dengan tenang
Hari itu terasa macam peristiwa ashabul Kahfi. Seolah-olah baru baik dari perantauan yang lama. Tiba-tiba ada seorang lagi pelanggan di kaunter sebelah yang meminta stem 30 sen. Tu dia...Rupanya bukan aku sje yang tak tau. Kerani tadi tersenyum sinis.

Dua pengajaran penting dari peristiwa ini. Pertamanya, kita perlu ambil tahu perkembangan sekeliling walaupun dilihat tidak berkaitan dengan kita. Keduanya, staff pejabat pos kini tidak lagi sinonim dengan muka mencuka, panas baran dan tidak mesra pelanggan. Semuanya mesra dan berwajah manis. Kalau zaman dulu-dulu, satu perkara biasa kalau petugas barisan hadapannya menengking dan bercakap acuh tak acuh dengan pelanggan. Sehingga ada satu simpulan bahasa moden 'Seperti berurusan dengan pejabat pos'. Maknanya, pejabat yang tidak mesra pelanggan !

Mungkinkah kesan dari kempen transformasi yang diwar-warkan atau kesedaran pihak pengurusan itu sendiri. Alangkah bagusnya jika semua agensi awam di negara ini membudayakan 'senyum tak perlu kata apa-apa' dalam urusan seharian. Jaga hati rakyat atau pelanggan kita. Kerana gaji kita dibayar dari duit pembayar cukai ini. Mereka berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kita !.

0 Response to "Suatu hari di pejabat Pos"

Jaringan Berita