Terkini

Beza Pemandu Wanita dan Lelaki

TAHUN ini beraya kat mana ?. Ikut isteri atau ikut suami ?. Mana-mana lah. Adakah perjanjian asal mula-mula kahwin dulu dipatuhi ?. Itu cerita lama. Masa hangat berchenta, semua okey. Pokoknya, isteri perlu patuh pada suami. Lagi-lagi suami yang masih ada ibu. Betul tak ?....
Siapa yang lebih bermasalah di jalanraya ?
Siapa nak pandu kereta ni ?. Hampir 300 KM, bukannya dekat. Lazimnya suamilah jadi pilot, sebab dia lelaki. Kalau perempuan memandu nanti bising pulak pengguna jalanraya yang lain. Ye ke ?. (Ramai wanita marah dengan kenyataan ni).
Kata seorang MP, “ Pemandu wanita bahaya “. Kenyataan berani mati dan mungkin mengurangkan undi wanita untuknya di Kinabatangan. Siapa pulak memandu kenderaan ni, tah apa-apa. Lebih baik jalan kaki. Bagi signal kiri pusing kanan. Begitulah luahan si pemandu lelaki yang ‘dikatakan’ handal ini bila melihat kenderaan di hadapannya bersimpang siur.
Beza pemandu lelaki dan pemandu wanita ketika di jalanraya, antaranya ;
Pemandu lelaki 3 kali ganda suka menekan hon bila kenderaan di hadapannya dipandu perlahan, berbanding perempuan yang amat berhati-hati dengan hon ini. Pemandu lelaki 2 kali ganda melanggar peraturan jalanraya berbanding wanita. 83 % lelaki suka menunjukkan perangai memandu laju berbanding wanita hanya 17 %.

Lelaki suka langgar lampu isyarat merah dan kuning, Memandu rapat dengan kenderaan lain, tidak memakai tali pinggang keledar dan suka berlumba-lumba. Wanita amat tidak terlibat dalam kancah ini.
Pemandu lelaki lebih suka menunjukkan skill pemanduannya lebih-lebih lagi bila ada wanita di sebelahnya. Lebih parah lagi bila dipuji. Pemandu perempuan lebih suka menukar lorong pemanduan secara tiba-tiba dan kerap membuat pusingan U sesuka hatinya tanpa memikirkan orang lain.
Wanita suka memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dan meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan.
Wanita biasanya akan terus menggerakkan pembersih cermin apabila hujan turun. Lelaki pula melakukannya hanya apabila air hujan terlihat sudah banyak. Dengan kata lain, otak lelaki akan menunggu seketika sehingga sejumlah air hujan membasahi cermin berbanding wanita yang suka memberi respons terlalu awal.
Apabila melalui kawasan kemalangan wanita lebih berminat mahu tahu apa yang berlaku, menyebabkan trafik menjadi perlahan. Bila dijalanan wanita juga sukar untuk memberi laluan kepada orang lain.
Bila kereta rosak wanita lebih suka menunggu bantuan berbanding lelaki yang suka berikhtiar memperbaikinya. W/pun kadang-kadang seperti tikus membaiki labu.
Bila berlaku kemalangan, wanita lebih suka berhujah berbanding lelaki. Lebih senang berlaku pergaduhan jika lawan kemalangan itu juga wanita. Lelaki tak suka berhujah, terus bertumbuk atau cuba selesaikan kes di balai polis.
Perempuan selalunya tidak suka meletakkan kenderaan selari atau secara masuk dari belakang. Mereka akan mencari parkir yang lebih mudah iaitu dari sisi. Berjam-jamlah masa dibazirkan hanya untuk meletakkan kenderaan dengan betul. Dan jika ada pilihan, mereka lebih suka mencari ruang yang luas walaupun ia terletak jauh.
Lelaki akan bertukar menjadi pembebel dengan kecenderungan memberi arahan kepada wanita yang sedang memandu. Tekan brek, beri signal, hati-hati kereta di depan, ada orang melintas dan bermacam lagi arahan yang akhirnya akan menyebabkan pertengkaran.
Cermin-cermin diri anda dan berhati-hati di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Jangan emosi dan tingkatkan amalan sempena sepuluh akhir Ramadan ini.


4 Responses to "Beza Pemandu Wanita dan Lelaki"

~aSHa~ said...

tambahan lagi...

lelaki kalo bawak bini, bawak laju2...sampai tekan brek anak pun leh terpelanting ke depan...

tapi kalo

lelaki bawak gf / prempuan lain...berhati2...lambat2 bawak...kalo boleh nak sampai tu biar lambat...kononye biar lambat asal selamat......

Mohd Fadli bin Sulaiman said...

Ya ko..Sedihnya...Janganlah ada di bumi Trg ni lelaki bgitu...kih..kih.

gina marna said...

harap di bumi klate x dok jugok...kwang3...kan sha kannn :)

pemandu lelaki suke buli pemandu wanita...ini kisah benar..ahakz

Anonymous said...

bab lelaki suka membebel ketika ppuan sdg memandu tu mmg betul... kui kui kui

Jaringan Berita