Terkini

Kenapa Kita Masih Hidup ?

Al Imam Ghazali (R.H), satu ketika bertanya kepada anak-anak muridnya. " Kenapa kita masih hidup pada pagi ini ?. Beliau menerima respon yang pelbagai daripada murid-muridnya. Majoriti jawapan lebih menjurus kepada faktor kesihatan diri. Ertinya, disebabkan tubuh badan sihatlah maka kita semua masih bernafas lagi pada setiap pagi. 

Imam Ghazali (R.H) menjawab, " semua jawapan yang diberi itu betul. Cumanya jawapan sebenar yang aku mahukan ialah, kita masih bernyawa lagi pada pagi ini kerana kita semua berdosa kepada Allah swt ". Jawapan yang terpacul daripada mulut seorang ahli sufi unggul. Sentiasa melihat dirinya penuh dengan dosa. Sering merasakan dirinya kurang amal kebaikkan untuk dibawa bekal menemui Robbnya. 

Nyawa yang diberi setiap pagi itu adalah satu peluang untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Sebagai peluang memperbaiki diri dengan amalan mulia. Seperti kata Sayyidina Ali :

" Di sini negeri tempat beramal tidak ada ganjaran padanya. Di sana negeri kamu menerima ganjaran, tiada lagi amal yang perlu dibuat. Aku berpesan kepada kamu, beramallah di negeri yang tidak ada ganjaran ini agar kamu akan menerima ganjaran pada hari yang kamu tidak boleh beramal lagi "

Ingat !, Allah swt itu maha pengampun dan maha penerima taubat. Allah swt sentiasa menunggu-nunggu permohonan ampun daripada hambaNya. Sehinggakan kadang-kadang diberinya ujian hidup bertujuan untuk menyedarkan hamba itu lantas mengadu kepadaNya.

Pintu taubat sentiasa terbuka 24 jam. Tidak ada masa rehat atau tutup kecuali ketika sakaratul maut dan pada saat matahari naik di sebelah barat (Kiamat). Ketika itu pintu taubat dikunci rapat. Saat itu menjadi sia-sia jika kita melaung atau menggelupur tanda penyesalan. 

Justeru siapakah kita jika nak dibandingkan dengan Imam Ghazali (R.h) ?. Jarang sekali kita rasa berdosa dan perlu meminta ampun kepadaNya. Kita selalu merasa diri ini sempurna dan terbaik. Jika ada orang menegur atau cuba menasihati kita, sepantas kilat kita menjawab " Ada aku kisah ". Mu pun bukannya baik sangat ". Jaga diri tu dulu sebelum nak nasihat orang lain ". Begitu angkuh lagaknya. 

Adakah masih ada esok untuk kita ?....

0 Response to "Kenapa Kita Masih Hidup ?"

Jaringan Berita