Terkini

Puasa First Class

Ramadan yang dirindui datang lagi. Bertuahlah orang yang masih berkesempatan merebut segala fadilatnya. Bulan yang dikurniakan Malam Al Qodr (Semalaman lebih baik daripada seribu bulan lain). Bulan yang dilimpahi dengan segala macam rahmat, keampunan dan ganjaran berganda daripada Allah swt. AMAT rugi bagi jiwa yang tidak merasakan apa-apa keghairahan untuk beramal dan memperbaiki diri pada kesempatan ini. Jommm..Kita latih diri dengan perkara berikut...;

 
Bulan yang dibuka segala pintu syurga (Kebaikkan) dan ditutup
segala pintu neraka (Kejahatan) serta dibelenggu para Syaitan

1. Masuk pejabat (bagi yang ada pejabat) luangkan masa untuk baca Al Quran semampu yang boleh. Sebaris, dua baris, sepipi dan sebagainya.

2. Cuba sedaya mungkin untuk solat sunat Dhuha

4. Cuba sedaya mungkin untuk solat berjemaah di Surau atau masjid. Atau berjemaah di mana-mana sahaja sama ada dengan rakan-rakan atau keluarga. Elakkan dari solat Sdn Bhd.

5. Bagi suami, cuba ringankan tugas isteri di rumah. Bantu memasak atau menemaninya ke pasar malam

6. Latih diri membaca al Quran pada setiap masa senggang. Baca buku berfaedah atau sekurang-kurangnya tidur untuk kerehatan. Semuanya ibadat jika tidak  berlebihan.

7. Malamnya jangan lupa solat tarawih di masjid. Disamping menghidupkan Ramadan dapat pula kukuhkan silaturahim dengan masyarakat.

7. Perlu bangun bersahur (sahur adalah merujuk kepada 'waktu' bukan makan) Bersahur itu ada keberkatan. Lewatkan sahur dan Solat sunat dulu sebelum makan. Solat Hajat, Tahajud, Taubat, Tasbih, Tolak bala, Istikhoroh dan lain-lain.

8. Latih diri solat subuh berjemaah di masjid atau surau.

9. Segerakan berbuka. Jangan lupa berdoa dan mulai berbuka dengan makan kurma secara ganjil, Minum air suam dan makan apa yang patut secara bersederhana.

10. Sentiasa berdoa. Kerana 3 golongan doa yang mustajab/diterima. Orang berpuasa sehingga berbuka, pemimpin yang adil serta orang yang dizalimi.

11. Jaga pertuturan, jangan bertengking tak tentu hala, apatah lagi mengumpat dan mengutuk. Selalu gosok gigi jangan sekali-kali biarkan bau misteri mulut anda menggangu rakan-rakan. Nabi selalu bersiwak pada bulan ini.

12. Jika ada rezeki lebih bagi makanan untuk orang berbuka. Terlebih baik anjur majlis berbuka puasa.

13. Cari masa untuk beriktikaf di Masjid (Bukan waktu pejabat) terutama 10 akhir Ramadan

14. Latih diri jadi pemurah dan suka menderma. Menderma wang, fikiran, tenaga dan sebagainya. Nabi Saw seorang yang pemurah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

15. Lazimkan lidah melafazkan 'Lailahaillah' dan 'Astaghfirullahalazim'. Kalimah Toyyibah yang dianjurkan oleh Nabi Saw.

Jika KITA dapat lakukan semua ini secara konsisten, InsyaAllah kita akan beroleh ganjaran puasa yang sebenarnya. Beroleh taqwanya, kesihatannya, ketenangannya dan keceriaan dalam hidup ini. Semoga Ramadan pada kali ini menjanjikan sesuatu yang bermakna kepada kita.

AMINNN...

0 Response to "Puasa First Class"

Jaringan Berita