Terkini

Piala Malaysia : Laluan mudah buat Kelantan ?

Kuasa baru bolasepak Malaysia. Mampukah Kelantan
mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia musim ini
Kelantan menerima laluan mudah dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia setelah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Johor FC, Felda United dan Sarawak selepas Majlis Undian Piala Malaysia 2011 selesai berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5 Ogos 2011.

Dalam majlis yang buat julung kalinya disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 itu tadi, Selangor bakal bertemu musuh tradisi setempat mereka, Kuala Lumpur setelah diletakkan bersama-sama di dalam Kumpulan D, yang turut disertai oleh T-Team dan PDRM.

Juara Piala FA 2011, Terengganu pula berdepan laluan sukar setelah diundi bersama-sama finalis Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan di dalam Kumpulan B. Pasukan-pasukan lain di dalam kumpulan tersebut ialah Selangor PKNS dan KL Sime Darby. Melengkapkan senarai kumpulan dalam saingan Piala Malaysia kali ini ialah Kedah, Perak, Sabah dan Johor yang telah diundi di dalam aksi Kumpulan A. Apa pun kita tunggu dan lihat. Tak sabar-sabar dah ni....

Ihsan : Astro Arena

2 Responses to "Piala Malaysia : Laluan mudah buat Kelantan ?"

Anonymous said...

ganu juara gok nnt...

Anonymous said...

Penat ckit tu, lawan nagori..

Jaringan Berita