Terkini

Rupanya payah juga nak bertudung ni ...

SYUKURLAH jika anda seorang wanita yang telah bertudung sejak baligh lagi. Syukur juga jika ada telah dibukakan pintu hati untuk menutup aurat sebagai lambang ketaatan dan harga diri seorang wanita. Tidak terkecuali juga untuk lelaki. Masih ramai lelaki yang tidak menutup aurat !.

"Suami saya tanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang peluk dan cium saya," cerita pelakon Catriona Ros. Catriona menceritakan pengalaman beliau yang mula bertudung 16 Julai tahun lepas dalam keadaan beliau adalah seorang pelakon di negara ini. Catriona mula berhijrah memakai tudung 16 Julai tahun lepas ketika beliau menemani rakan-rakannya untuk membeli tudung di sebuah kedai.

"Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam diri bila saya pakai, rasa berdebar-debar. "Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung...mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai.

"Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama...saya akan memakainya" cerita Catriona. Cik Puan yang berasal dari Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur ini dulunya bersekolah Agama Naim Lilbanat di Kota Bharu. Beliau tidak pernah memakai tudung selepas keluar dari sekolah apatah lagi selepas bergelar artis.

"Keluarga saya tidak paksa saya bertudung namun kebanyakan mereka bertudung," cerita Catriona.
Menurut Catriona, ujian terbesar yang beliau hadapi dalam mengekalkan tudungnya adalah ketika suami beliau mengajaknya bercuti selama tujuh hari ke Australia. "Di sana, tidak ada yang bertudung, ramai yang bermini skirt dan singlet sahaja...namun alhamdulillah saya berjaya untuk mengekalkan tudung saya sepanjang tujuh hari saya di sana," kata Catriona.

Catriona berkata, respon yang paling beliau tunggu selepas memakai tudung adalah dari suaminya sendiri yang ketika itu berada di luar. "Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung...dia nampak sangat terkejut dan bertanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya," cerita Catriona.

Suami beliau berkata, perkara pertama yang terlintas di kepala beliau ketika melihat isterinya bertudung adalah, 'bagaimana dia hendak bekerja' sebagai seorang artis. "Namun selepas itu saya tahu, bertudung tidak semestinya tidak boleh berlakon," katanya gembira dengan perubahan isterinya. Menurut Catriona, sambutan dari keluarga beliau juga sangat hebat. "Selepas mereka tahu saya memakai tudung, mereka terus datang dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan membawa tudung yang banyak untuk saya," katanya.

Adaptasi dari Harakah Daily

4 Responses to "Rupanya payah juga nak bertudung ni ..."

~aSHa~ said...

wah hebatnye kalo ia datang dari hati..tanpa perlu dipaksa

Anonymous said...

macam Asha la tu

Yana Farinha said...

hye...nice blog.. kite da folo awk..jom singgah blog kite. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com

TheLee said...

Ok, T.kasih. Sy akan ke duniasigadis...sekarang !

Jaringan Berita