Terkini

Papa dan Mama sayangilah kami..

Siapa yang tidak sayangkan anak-anak ?. Hatta binatang pun sayangkan darah dagingnya. Pun begitu,  ada juga dikalangan spesis manusia yang membuang, mendera dan membunuh zuriatnya sendiri. MasyaAllah!. Kategori apakah mereka ini ?.

Qurrata A'yun...
Membesarkan anak-anak pada zaman ini cukup menggusarkan. Faktor pemusnah dilihat lebih banyak daripada unsur membina. Mungkin cara befikir sebegini dilihat kolot, berjiwa kecil serta suka menyalahkan persekitaran. Tetapi itulah hakikat dan cabaran yang terpaksa ditempuhi kini.

Bila sayangkan anak-anak, kita akan baginya makan, pakai, pelajaran, kasih sayang, perhatian dan sebagainya. Umumnya, keperluan lahiriah ini mampu disempurnakan oleh kebanyakkan ibubapa. Tetapi bagaimana dengan tuntutan kejiwaan atau rohani mereka ?. Ini persoalannya.
Ramai yang secara sedar atau tidak telah mengabaikan unsur ini. Pengisian asas-asas Agama, Adab, akhlak dan sebagainya ke dalam diri anak-anak.

Tubuh fizikal sentiasa kenyang dan obes. Tetapi spritualnya terus kebulur. Akibatnya, anak-anak menjadi lembab, malas, sukar diajar, payah untuk solat dan lebih suka 'main game' dan lepak di depan TV.

Justeru, jika sayangkan mereka maka  :

1. Latihlah anak-anak cara makan yang betul dan seimbang ; 

2. Disiplinkan mereka dengan aktiviti riadah untuk menguatkan tubuh badan ;

3. Ajar cara pergaulan dengan rakan-rakan dan dedahkan hiburan yang membina ;

4. Pupuk sedari kecil agar mereka kenal tempat sujud, solat berjemaah dan masjid. Ingatkan dirinya tentang waktu solat. Kejutkan mereka dari lena yang mengasyikkan pada waktu subuh. Jangan menyimpan rasa kasihan untuk 'membangunkan' mereka. Kerana kita sebenarnya mahu mengejutkan jiwa mereka dari lena yang panjang. Kita mahu membangunkan jiwa mereka pada saat yang penuh berkat. Jika tidak, jiwa mereka akan terus tidur bersama keasyikan dan tipu daya dunia ;

5. Fasihkan lidah mereka dengan bacaan alQuran. Didik mereka agar berani memberi pendapat dan bina keyakinan dirinya ;

6. Jangan takut untuk marah atau bertegas dengan anak-anak terutama pada zaman kanak-kanak. Berkawanlah dengan mereka ketika usianya sudah remaja. Bina minda agar mereka tahu membezakan yang benar dan salah dalam kehidupan ini. Sebab musabab dan rasional amat ditagih oleh anak remaja.

7. Ketika mereka melalui usia belia, sentiasalah berbincang dan mengambil tahu arah tuju dan perjalanan hidupnya. Bagi panduan dan pendapat tetapi tidak perlu lagi memaksa.

InsyaAllah zuriat kita akan jadi 'Penyejuk mata' dan insan yang kenal ibubapanya sentiasa. AMINNN...

0 Response to "Papa dan Mama sayangilah kami.."

Jaringan Berita