Terkini

Kenapa Takut Hudud ?

Isu hudud bergema lagi untuk kali yang kedua selepas tahun 90-an. Tetapi senario kali ini agak berbeza penerimaannya. Pada tahun 90-an dulu tentangannya dilihat agak keras. Tetapi hari ini reaksi terhadap hukum Allah ini lebih lembut dan agak positif daripada pihak berwajib. Kenapa ?

Pun begitu ramai lagi yang dilihat masih takut dan fobia dengan hukum hudud ini. Mengapa agaknya?. Ada yang kata, zalimnya sehingga potong tangan dan sebat. Adakah dikira zalim seorang doktor yang memotong tangan atau kaki si pengidap kencing manis? Sudah pasti jawabnya tidak, kerana doktor berkenaan mahu mencegah wabak itu agar tidak bermaharajalela dan memusnahkan tubuh badan.

Begitulah halnya dengan hukum hudud. Hukuman itu untuk membuang penyakit dari terus membarah dalam masyarakat.Jika tidak dicegah akan berlaku kemusnahan dan ketakutan dalam masyarakat.

Satu hal lagi, hukum hudud hanya memotong tangan si pencuri yang benar-benar thabit atau ada prima facie case yang bertaraf beyond anyshadow doubt. Tetapi, bayangkan jika kita dapat menangkap pencuri yang sedang merompak rumah kita, apa yang akan kita buat ? sudah pasti lebih dari potong tangan. Rekod yang lepas-lepas ada yang sanggup membunuh si pencuri durjana itu.

Oleh itu, sebelum kita berbicara atau memberi respon mengenai hukum hudud elok rasanya kita menjawab soalan-soalan berikut, iaitu :

1. Adakah kita faham apa itu HUDUD ?. Tujuan pensyariatan dan cara pelaksanaannya, terutama mengenai standard burden of proof. Apakah kita memahami hikmah, sejarah, kesan pelaksanaan dan keadilan yang terpancar darinya. Berapa buah buku atau artikel yang telah kita baca mengenai hudud ini.

2. Apakah kita masih dihantui oleh 'bayangan hukum hudud' dalam filem Semerah Padi ?. Atau kita hanya mendengar maklumat hudud ini melalui ulasan orang perseorangan dimedia massa ?. Adakah kita terfikir hudud itu potong tangan, potong kaki, sebat dan rejam secara semberono. Bagaimana dengan proses sebelum pelaksananya. Maksudnya beban bukti dan lain-lain.

2. Adakah kita berniat untuk merompak, menipu, terlibat dengan perzinaan, rogol, minum arak, bughah dan sebagainya ? Jika tidak, mengapa perlu takut dengan Hudud ?

3. Adakah kita suka dengan senario jenayah yang semakin menggila kini. Saban hari berlaku kes bunuh menyayat hati, mayat dibakar dan dicincang, tembak menembak, rompakan, penipuan, rasuah, zina, rogol, buang bayi, jenayah kecuriaan dan sebagainya.

4. Adakah kita sanggup hidup dalam ketakutan ketika berada di rumah sendiri atau ketika meninggalkan rumah dan harta benda. Jika tidak sanggup, maka pelaksanaan Hukum hudud adalah jawapannya. Ini adalah jaminan dari Allah SWT, bukan daripada lever brothers !

Hudud akan memberi ketenangan dan kedamaian hidup kepada semua kaum. Peniaga China tidak perlu bimbang lagi. Gudangnya tidak akan dirompak. Kedai emasnya selamat apatah lagi restoran Mamak yang bertebaran maju. Semuanya selamat dan berkat.  Rumah-rumah kediaman mungkin tidak perlu lagi memasang jeriji besi semacam penjara. Kabel telefon tidak akan di curi lagi. Tiada lagi anak luar nikah dan gejala buang bayi. Barah penagihan dadah yang tidak pernah selesai juga akan reda dengan pelaksanaan hukum hudud.

Sudah pasti, suasana kondusif dan aman ini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Semakin ramai pelabur berminat untuk menanam modal di Malaysia. Kerana situasi negara yang aman dan makmur. Bukankah ini yang mahu kita wariskan kepada generasi akan datang ?

Amat tidak logik jika hukum hudud dilaksanakan maka semakin ramai orang yang mahu mencuri kerana suka tangannya dipotong. Juga satu kerja gila jika semakin ramai orang yang mahu berzina serta minum arak kerana suka dirinya disebat dan sebagainya. Manusia juga takut untuk melakukan jenayah bunuh kerana mereka tahu kesan hukum hudud. Hudud akan menjadi pagar dan pencegahan kepada perlakuan jenayah. Prevention is better than cure..

Oleh itu, semua manusia (Muslim/Non Muslim) yang benar-benar memahami hudud melalui sumber yang sebenar tidak akan menentang hudud. Sebaliknya amat mengalu alukan 'nakkalan minallah' ini. Kerana dia tahu di sana ada keberkatan dan di sana ada ketenangan dan kemakmuran kepada diri, masyarakat dan  negara. SAYA SOKONGLAH HUDUD !!!

1 Response to "Kenapa Takut Hudud ?"

Zero2Hero said...

assalamualaikum..bagus penerangan ni..sebar-sebarkannya supaya masyarakat dapat memahami hudud..jangan berhenti disekadar penulisan ini sahaja :)

Jaringan Berita