Terkini

Don't Be Zagat !

Zagat ialah cara penampilan diri atau cara berpakaian seseorang yang mendorong orang lain untuk perlakuan seks ke atas dirinya.

Kenapa sesetengah kita suka dedahkan diri kepada ancaman. Cara berpakaian yang menggetarkan iman dan mendorong kepada jenayah rogol. Nak salahkan kucing atau ikan yang tidak ditudung oleh saji? Ikan memang makanan kucing, tetapi jika sayangkan ikan jangan biarkan ia terdedah.



Faktor penarik kepada perlakuan sumbang ini banyak berpunca daripada diri sendiri. Kita yang mempromosikan diri untuk diceroboh. Si hidung belang tidak akan merogol atau mengganggu wanita berjubah atau yang menutup aurat dengan sempurna. Ini adalah jaminan daripada Pencipta manusia.



Pandangan mata menjadi punca segala-galanya. Dari pandangan mata akan turun ke hati. Pemandangan tadi akan diproses dan menimbulkan pelbagai khayalan dan perancangan. Di bantu pula oleh si Syaitan yang tidak pernah jemu mengajak kita ke lembah durjana. Ingat, jaga mata 'kehormatan' diri akan selamat. Firman Allah dalam surah an Nur ayat 30 :


Katakanlah (Wahai Muhamad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka; sesungguhnya Allah Amat mendalam Pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.


Jaga mata bermaksud jangan melilau mata dan merenung lama-lama orang yang diharamkan tengok ! Jika disiplin ini kuat, maka gejala rogol, zina dan buang bayi tidak akan berlaku dalam masyarakat.



Tidak terkecuali juga seorang lelaki yang sengaja menonjolkan keseksian badannya untuk menarik perhatian wanita.  Lelaki yang tidak menutup aurat juga semakin menjadi-jadi. Tetapi tidak begitu dipandang serius berbanding wanita.



Data statistik terkini menunjukkan kesan buruk dari gejala tidak menjaga mata ini semakin tenat.




Ibu bapa dan masyarakat perlu berperanan untuk membendung senario 'berpakaian tetapi telanjang' . Apa akan jadi kepada negara kita sepuluh tahun dari sekarang. Justeru, jaga mata dan pastikan diri anda bukan ZAGAT !

0 Response to "Don't Be Zagat !"

Jaringan Berita