Terkini

Bagusnya rancangan 'Lau Kaana Bainana'

Apa perasaan anda jika tiba-tiba muncul seseorang dan bertanya soalan "If the Prophet Muhammad SAW came and sit with you alone for just one minute, what would you say to him." Apa agaknya yang kita akan jawab. MasyaAllah...tentunya teruja tidak terkata andai Nabi SAW berada di hadapan kita. Semoga Allah SWT menemukan kita dengan baginda di akhirat nanti.

Ahmad al Shugairi (Kanan) sedang
menemubual responden 
Itulah promo dan idea utama yang ingin diketengahkan dalam rancangan 'Lau Kana Bainana' (Andainya Rasululah SAW ada disamping kita) yang dihostkan oleh Ahmad al Shugairi daripada Saudi Arabiya. Tag line yang selalu diucapkan ialah "I'm not a Mufti neither scholar nor a Jurist. I'm just a person who seek knowledge." Sebuah program yang mencetuskan fenomena baru di seluruh dunia terutamanya di rantau Asia Barat. TV al Hijrah di Malaysia juga turut menyiarkannya pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Slot yang bercorak realiti/candid ini cuba menguji akhlak manusia pada hari ini. Adakah masih ada orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya. Sebagai contoh, diletakkan duri di tengah jalan, dan dengan memasang kamera tersembunyi beliau akan  memerhati siapakah indvidu yang akan mengalihkan halangan itu. Sejurus selepas itu Ahmad alShugairi akan menerpa kepada individu berkenaan dan menanyakan soalan tadi. Mungkin program ini hampir sama dengan rancangan 'Cubaan' kendalian Akhil Hayy di Astro Oasis. Tidak kisahlah siapa tiru siapa. Janji buat benda baik.

Akhil Hayy pengendali 'Cubaan'
Banyak skop yang diuji mengenai akhlak manusia hari ini. Seperti ketepatan masa, hak asasi manusia, cara kerja, cara bergaul dan sebagainya. Beliau akan menjelajah di seluruh dunia untuk melihat gelagat manusia dalam menghayati sikap mulia Nabi SAW dalam bidang kehidupan.

Rupanya banyak cara untuk menghidupkan benda baik. Lebih tepat lagi, terlalu banyak cara untuk menyeru kepada kebaikkan atau berdakwah. Gunakan bakat dan kebolehan yang dikurniakan kepada kita untuk menyemarakkan perbuatan baik dalam masyarakat. Mengembalikan manusia kepada Penciptanya. Mungkin melalui seni suara, lakonan, penulisan, FB, Blog, aktiviti sosial dan sebagainya. Bukan hanya melalui kaedah ceramah sahaja.

Mungkin idea program ini pada mulanya dilihat tidak komersial dan tidak akan mendapat sambutan. Sama juga dengan program realiti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah, Cubaan dan sebagainya. Sedar-sedar meletup dan mendapat rating yang tinggi. Nah ! semua mula celik mata. Sesuatu idea yang baik itu jika digarap secara kreatif dan profesional akan mendatangkan kesan yang hebat kepada masyarakat dunia.

Program Realiti Imam Muda
mempunyai auranya yang tersendiri
Justeru, bagi pemilik blog, teruskan usaha anda untuk mengembangkan bakat penulisan dan menyebarkan perkara baik kepada manusia. Luahkan sahaja idea yang baik tanpa rasa malu dan segan. Mana tahu suatu hari nanti idea itu akan mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat. Blog kita akan menjadi rujukan dan terkenal. Ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya. Ikhlaskan diri dan kepada Allah kita berserah.

2 Responses to "Bagusnya rancangan 'Lau Kaana Bainana'"

Anonymous said...

Tuan,
Saya tertunggu2 juga bila soalan nak ditujukan kpd wanita Islam yg tak tutup aurat.

Sebab mana tau lepas ni dia boleh muhasabah & berubah? Hidayah tu datang bermacam2 cara kan?

m

thelee said...

Setuju..Tepat sekali..

Jaringan Berita