Terkini

Hebatnya Kawan Kita Ni

Mengkagumkan ! Dr. Muhammad Afifi al-Akiti anak Melayu yang hebat. Lihat sahaja latar belakang pengajiannya. Mendapat BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM juga dikenali sebagai Sheikh Afifi. Beliau bukan sekadar seorang pelajar Universiti Oxford, tetapi :

i.             Felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford;
ii.           Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom; dan
iii.          Felo pensyarah di Worcester College, Oxford.
Dr. Muhammad Afifi al-Akiti
Anak Melayu pertama yang berjaya menjadi seorang tenaga pengajar di universiti paling berprestij di dunia itu. Kisah hidup lebih lanjut di sini.

Beliau mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008.

Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111).


Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Penemuannya berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, tiga siri kajiannya yang diterbitkan menyajikan edisi kritis hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

0 Response to "Hebatnya Kawan Kita Ni"

Jaringan Berita