Terkini

MISI HIDUP MATI TRW !!!

Pertarungan hidup Mati Skuad The Redwarriors. Perseteruan semakin memuncak antara pemegang tali pinggang hitam Liga Super dan Jagoan Piala FA. Ternyata 'Pahlawan Merah' kini menghadapi saat-saat genting dalam misi mempertahankan trofi Piala Malaysia yang berprestij itu. Selepas ketinggalan 1-3 di tangan Sang Penyu dalam pertarungan tragis dan konterversi itu, nasib Kelantan kini ibarat telur di hujung tanduk.

Kenangan manis sang juara..Mampukah dipertahankan pada 2011
Kelantan tiada pilihan lain kecuali MESTI MENANG. Hanya keajaiban yang dapat menghidupkan misi Kelantan itu. DOA dan sokongan semua amat ditagih. Orang Arab kata 'Man Jadda Wajada'. Berdasarkan rekod sebelum ini, tidak mustahil untuk Kelantan meraih kemenangan sekurang-kurangnya
2-0 atau 3-1 ke atas 'skuad peteh'. Kita tunggu dan lihat sepak mula pada 14/10/2011 Jam 8.45 nanti.

Adakah venue keramat Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu akan menyajikan kebangkitan hebat pasukan Kelantan atau semua pencinta TRW terpaksa akur menelan kepahitan tersungkur di kaki sang penyu ! Tentunya mimpi ngeri ini tidak mahu disaksikan oleh pelantun 'Gomo Klate Gomo' ! 

Ramai yang tidak dapat tidur lena pasca perlawanan 10 november lalu. Ada yang mula meletakkan tangan di dahi memikirkan nasib sang Kijang ini. Tampil sebagai pasukan pilihan yang dilihat gah dan digeruni ternyata memberi tekanan hebat kepada anak didik Datuk M. Karathu. Berdasarkan rekod lalu, team Kelantan dilihat 'kuwong' apabila bertemu dengan pasukan T-Team, Kedah dan Negeri Sembilan. Pemain tampak gugup dan hilang fokus sekalipun memenangi perlawanan itu.

Memulakan aksi dalam kempen Piala Malaysia 2011 ini dengan penampilan sederhana dan tidak segarang seperti 2010 yang lalu. Entah di mana silapnya. Sebagai sebuah pasukan yang mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan dan penyokong fanatik sepatutnya hal ini tidak boleh berlaku.

Presiden KAFA perlu meniupkan semangat
luar biasa kepada pemain
Pada 14 November ini, Kelantan akan turun sekali lagi untuk membuktikan kejaguhannya tanpa beberapa tonggak yang berwibawa. Inilah  bahananya orang yang hebat tetapi gagal mengawal emosi yang membuak-buak. Sejak dulu lagi team Kelantan memang terkenal dengan sikap pemainnya yang panas baran. Sehinggakan salah satu strategi pihak lawan untuk menewaskan skuad kelantan ini ialah dengan membangkitkan kemarahan pemainnya terlebih dahulu. Ternyata taktik ini berjaya.

Apabila mereka bermain dengan 'panas' maka fokus kepada permainan akan hilang. Gelanggang bola sepak akan bertukar menjadi pentas WWF pula. Bila sudah kecoh, pemain akan jadi mangsa, pasukan akan kalah merana, penyokong kecewa dan TRW akan didenda. Ibarat kata pepatah Kelantan 'malu boleh sakit boleh'.
Wahai pemain, hargailah peminat dan penyokong TRW semua. Jangan hampakan mereka. Dikhabarkan sambutan kepada tiket perlawanan kedua ini begitu hangat sekali. Mereka berebut-rebut seperti membeli emas yang dilelong dengan diskaun 70% !. Itulah hebatnya penyokong dan pencinta TRW yang sentiasa menceriakan kancah liga bolasepak negara. 

Akhir kata, penyokong TRW jangan buat kecoh jika mahu menyaksikan pertembungan menarik antara dua gergasi Pantai Timur ini. Kepada pemain, jangan menangisi kesedihan lalu sehingga melupakan peluang dan kebahagiaan hari esok. Kepada pihak pengurusan dan jurulatih, buatlah yang terbaik. Semuanya di tangan anda. Berkat doa dan sokongan semua insyaAllah TRW akan mencipta kejutan di Stadium Keramat itu nanti.  

2 Responses to "MISI HIDUP MATI TRW !!!"

gina marna said...

See u next year TRW....tabik TSA sbb kato Terengganu pasukan hebat! :))

Mohd Fadli bin Sulaiman said...

Ambik hati jah tu Jihan woi..

Jaringan Berita