Terkini

Wahai Diri

Kadang-kadang seperti tidak ada apa-apa makna solat selama ini. Kenapa wahai diri ?. Kerana solatku tidak dapat menjadi benteng diri dari perbuatan keji dan mungkar. Masih terbelenggu dalam palitan dosa. Mungkinkah kau bersolat  kerana manusia dan mahu menunjuk-nunjuk.

Kenapa terlalu sukar untuk menjauhkan diri dari 'dunia itu'. Dunia yang cukup menyeronokkan, tapi hakikatnya penuh noda dan bernanah. Seronok kerana dapat menunaikan hajat nafsu dan perintah Syaitan. Berat dan terseksa bila nak bermujahadah mendidik nafsu. Cukup kuat alunan dan bisikan Syaitan. Sehinggakan terkulai dan tewas. Satu kejayaan kepada pemandu golongan sesat ini.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku dan rahmatilah perjalanan hidupku...Amin..

Aku cuba nak lari dari dunia gelap itu, tapi bila berhadapan seringkali tertewas. Betapa lemahnya aku ni. Kegilaan nafsu lebih menguasai. Perasaan menyesal dan bersalah tetap ada. Aku tidak mahu megulanginya lagi. Semoga aku dijauhkan dari gelombang ganas itu. Aku tahu kehidupan akan dilaknat dan hilang barakahnya akibat dari perbuatan itu. Kesusahan akan berantaian. Kesempitan jiwa dan keluh kesah akan menghantui sepanjang masa.

Kosongnya terasa kehidupan ini. Inilah bahana bertuhankan nafsu, seronok hanya seketika derita, dosa dan penyesalan sepanjang hayat. Ya Allah ampunkan hambaMu ini. Berilah aku kekuatan untuk berdamping dengan zat yang maha kuat. Berilah aku kemuliaan kerana kau zat yang maha mulia. Berilah aku ketenangan kerana itu salah satu sifatMu.

Wahai diri, bila lagi kau mahu sedar. Apakah kau menunggu bala penderitaan sepanjang hayat. Apakah kau mahu menunggu ketika nyawa berada di gerbang halkum. Ingat, sudah banyak kali Allah menyelamatkan kamu. Ingat suatu hari nanti....ketika itu tiada guna lagi penyesalan. Ya Allah kurniakan kekuatan untuk diri ini. Jadikan jiwa ini ikhlas dalam perbuatan. Jauhkan dirikui dari punca-punca yang membawa ke Neraka. Ampunkan dosaku selama ini. Amin....   

Munajat 31 Oktober 2011 (Jam 2.10 pagi)

0 Response to "Wahai Diri"

Jaringan Berita