Terkini

Satu penampar untuk tiga soalan

Ada seorang pemuda yang merasakan dirinya begitu hebat dalam ilmu mantiq dan debat menggunakan lojik akal. Persoalan yang sedang hangat dilontarkan ialah :


1. Jika Tuhan ada, dimana dia ? Mustahil sesuatu yang ada tetapi tidak dapat dilihat

2. Apa makna 'takdir' ?

3. Syaitan dibuat daripada api, maka tak sakitlah Syaitan bila dibakar dengan api di dalam neraka nanti ?


Suatu hari, seorang tua memanggil pemuda ini dan berhasrat untuk merungkaikan segala persoalan yang kononnya tidak dapat dijawab oleh sekalian bijak pandai dan ilmuan Agama ini. "Aku boleh menjawab segala persoalan mu itu, jika kau sudi." Silakan wahai orang kampung, jawabnya angkuh. Ke mari kau dekat sini nak." Pinta si tua itu. Setelah pemuda itu menghampirinya, tak semena-mena ditamparnya pipi pemuda itu sekuat hati. Pangggggggggggggggg....Bunyinya. Merah padam muka pemuda itu terkena penampar di pipinya.

"Apa makna semua ini." Saya mahukan hujah, bukannya kekerasan. Bentak pemuda tadi. " Itulah jawapannya kepada tiga persoalan kamu itu." Jawab orang tua tadi. "Sakit tak penampar tadi  ?. Soalnya. "Sakitlah bahlol. Jawab pemuda itu tak puas hati. "Sakit ya..... Jika sakit, tolong tunjukkan kepada aku bagaimana rupa dan bentuk sakit itu. Adakah ia berbentuk bulat, segitiga, berwarna hijau dan sebagainya. Jika kau kata sakit itu ada. buktikan !

Keduanya, adakah kau terfikir yang kau akan ditampar pada pagi ini? Jika tidak, maka itulah maknanya takdir. Sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak dapat jangkakan.

Ketiganya, tangan aku ini sama buatan juga dengan kulitmu. Tetapi kenapa kau masih merasa sakitnya. Sepatutnya kau tak akan rasa kesakitan itu kerana kita ini dari jenis kulit yang sama. Betul tak ?

Pemuda itu berundur dengan membawa mukanya yang merah padam dan terasa malu yang amat sangat diperlakukan sedemikian rupa. Di sudut hatinya mula terfikir, mungkin ini balasannya untuk orang yang sombong dan perasan hebat...

0 Response to "Satu penampar untuk tiga soalan"

Jaringan Berita