Berapa kali dalam tempoh 24 jam anda marah? Marah kepada pasangan, anak-anak, rakan sekerja atau kawan-kawan. Tabiat marah akan menimbulkan tekanan dan kekusutan jiwa. Semua pemandangan sekeliling dilihat dari kacamata MARAH! Sifat amarah yang tidak diurus dengan baik akan mendatangkan kerosakkan kepada kehidupan. Justeru ketika marah, lakukan perkara berikut :
Ingat !..Syaitan sedang menjalar dalam tubuh untuk menghasut anak Adam...Marah-marah... Kau akan dilihat hebat. Pertahankan egomu, jangan mengalah |
1. Saat-saat timbulnya bibit kemarahan
Langkah pertama tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Ucapkan Istighfar, selawat dan baca tiga Qul. Belajar memujuk diri dan berfikiran positif ketika itu. Susah la...Memang susah pada peringkat awal mujahadah, tetapi lama kelamaan akan terasa kemanisannya. Jauhkan dari melihat atau mendengar unsur-unsur yang boleh meningkatkan kemarahan.
2. Ketika menghadapi kemarahan
Ketika kita sedang marah, cuba tarik nafas dan katakan " Ya Allah aku sedang marah ni, baca 'auzibillahiminasyaitonirojim...Jika itu sahaja yang sempat dan mampu dibaca. Fikirkan sejenak akibat buruk yang akan berlaku selepas itu. Sudah pasti akan ada tindakan berbentuk fizikal atau kata-kata kesat yang akan keluar dari mulut.
Lari dari keadaan itu. Kawal percakapan dan darah yang sedang mendidih. Jika di rumah cepat-cepat minum air atau basahkan muka dan sebaiknya berwuduk. Jika perlu, terus mandi lama-lama. Imam al Ghazali R.A, mengesyorkan jika marah itu berlaku ketika berdiri, maka hendaklah duduk, jika telah duduk hendaklah berbaring dan seterusnya.
3. Selepas insiden marah
Cuba lihat wajah mangsa kemarahan kita tadi sewaktu dia sedang nyenyak tidur. Renung lama-lama dan rasakan dalam hati satu perasaan belas kasihan dan penyesalan. Akan terlafaz kata ...Maafkan aku......Tetapi bagaimana jika perasaan ini tidak hadir? Ada dua kemungkinan. Sama ada jiwa kita yang bermasalah atau 'mangsa' kemarahan itu sememangnya patut dimarahi !
Ceriakan hidup kita. Hidup ini singkat. Kawallah kemarahan, kerana orang yang hebat ialah mereka yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah (al-Hadith).
3 Responses to "Bagaimana Mengawal Marah..."
lagu mano pulok kalu org maroh tp menangis...maroh je nangis..nangis je maroh..hehe jiwa kacau ko over sensitif tu tuan ?
Tu tandanya, Si Pemarah itu seorang yang baik sangat sebenarnya..Dia dilemma antara nak marah dan sayanggg...
hehehe...perasan la pulok dgr lagu tuu..keh3
Post a Comment