Terkini

Dua Ribu Dua Belas

Selamat Tahun baru Masehi 2012 !

Nampak gaya kemeriahan tahun baru 2012 lebih ceria sambutannya berbanding tahun baru 1433H. Apapun yang penting kepada kita ialah azam dan perubahan diri ke arah yang lebih sempurna. Soal tertunai atau tidak azam 2011 yang lalu kita kesampingkan sejenak. Azam tetap azam. Berazam untuk menjadi lebih baik pun sudah tertulis sebagai amalan soleh, apatah lagi jika kita berjaya merubah diri ke arah itu.


Semalam, hari ini dan esok...manfaatkan usia semaksima mungkin
Hari ini, dunia semakin nyayuk. Perubahan cuaca dan iklim tidak boleh lagi dipandukan kepada bahasa alam. Contoh paling mudah ,fenomena banjir tidak lagi berlaku pada bulan November dan Disember di kawasan pantai timur. Orang tua-tua sering berkata, " Selepas tahun baru Cina akan berlaku kemarau." Hakikatnya, semua telahan itu tidak lagi tepat.

Kejadian tanah runtuh berlaku di mana-mana. Katanya akibat dari penggondolan dan pemerkosaan terhadap alam sekitar. Tumbuh-tumbuhan dan bukit bukau yang menjadi pasak bumi semakin terhakis. 

Banjir kilat sering melanda di bandar-bandar besar. Manusia  mempersalahkan infrastruktur sebagai puncanya. Biarkan manusia dengan teori dan kecerdikkannya. Di saentero dunia, bencana alam semakin menjadi-jadi. Kemarau yang melampau, banjir besar, ribut taufan yang  menggila serta ribut salji yang menakutkan. Tidak terkecuali juga rempuhan thunami dan gelombang besar di lautan luas.

Apa makna semua ini ? Apa pengajaran yang boleh difikirkan. Jawabnya, sudah sampai masa untuk kita berfikir dan bermuhasabah. Selari dengan peningkatan usia yang semakin hampir kepada destinasi abadi. Semua itu perlu dijadikan sebagai peringatan awal daripadaNYA. Mungkin saat yang dijanjikan  itu bakal berlaku sedikit masa lagi. Ya, KIAMAT pasti akan terjadi. Percaya atau tidak, suka atau duka ia mesti datang untuk  meranapkan segala-galanya. Meleburkan igauan dan ilusi manusia selama ini.

Justeru, sebelum segala-galanya hancur lumat. Sebelum bumi memuntahkan segala isinya, dan menggoncangkan segala pemastautinnya. Baiklah kita kembali kepadaNYA. Sama-sama bertaubat dan mengenali diri dan pencipta. Jangan lupa untuk menjawab tiga persoalan utama  tentang diri kita; Dari mana , untuk apa, dan Ke mana. Semoga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih berharga untuk kita semua.

 


0 Response to "Dua Ribu Dua Belas"

Jaringan Berita