Semua team ingin memadam impian besar TRW. Bangga dan puas hati sangat bila dapat rebahkan gergasi merah ini. Rasa macam hebat dan sudah menang satu piala berprestij ! Ada sesetengahnya sanggup 'buat pulut kuning' bila Kelantan tumpas.
-->
Tengok saje komen-komen di alam siber apabila Selangor mencalarkan rekod unbeaten Kelantan tempohari (2-1). Antara komen yang menarik :
*** Puas hati sungguh dapat pecahkan rekod tanpa kalah Kelantan...
*** Puas hati aku dapat leburkan ego penyokong Kelantan....
*** Menyampah betul aku dengan penyokong fanatik TRW...
*** Suka sangat hari ni, Kelantan kalah..
*** Hanya Selangor yang mampu leburkan ego TRW.....
Selain itu, cuba baca pandangan penyokong, pengkritik dan peminat TRW :
*** First few games hampir semua kutuk ghaddar, bila dia dibuang semua kata dia lebih baik. first few games semua kutuk antwi,bila mamat tu score lwn kedah semua puji melambung.musim 2010 bila coach sathia byk beri keputusan seri, penyokong bertempik2 dlm stadium minta dia letak jawatan...at last dia bw first piala ke negeri cik siti wan kembang semua puji beliau sehingga kembang.Dato' karathu juga apa kurangnya dikutuk dan disuruh letak jawatan dan dibandingkan dgn sathia...in the end dia membawa kejayaan liga super kpd pasukan dan naib juara FA.
*** KAFA's president is a politician. So, the way he manage KAFA, players and other is also following his political thinking. To be honest, I'm respect for all his effort to develop KAFA, however he always put his political thinking on top of everything's. The way he managed the late kickstart's issue was also related to that.
Semangat berpasukan kunci kejayaan dan keseronokkan bekerja |
Paling panas dan mengegarkan bumi Kelantan ialah isu ini. Tapi khabarnya sudah diselesaikan dengan baik. Alhamdulilah, Semua pihak harus pandang ke depan. Ribut di dalam cawan.
Itulah reputasi dan prestij TRW. Diminati dan dibenci ! Mungkin orang benci dengan sikap segelintir penonton yang berlebihan memprovokasi pihak lawan. Walaupun ia juga berlaku kepada penyokong pasukan lain . Ada yang sanggup memukul dan membaling objek keras kepada penyokong TRW.
Ada yang cedera, mati dan sebagainya. Malah ada juga kelab penyokong team lain yang sanggup membakar bendera Kelantan ! Dahsyat sungguh. Tindakan ini memang melampau dan tiada langsung semangat kesukanan. Jangan sampai jadi macam perlawanan bolasepak di Mesir sudahlah.
-->
Mungkin juga orang kurang senang dengan sikap 'riuh sekampung' pihak pengurusan di media. Seolah-olah terlalu ingin menonjolkan TRW dalam segenap segi. TRW dah jadi macam kelab Real Madrid. Semua pemain bintang dan terbaik akan berada di sini. Tetapi ingat, deretan pemain berkualiti sahaja bukan satu jaminan.Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil pusing.
Satu lagi, apa sebabnya semua Awang import Kelantan tidak menonjol ? Jawabnya mudah, kerana kebanyakan pemain sedia ada sebenarnya terlebih hebat daripada import. Macam mana Awang import tu nak menonjol. Mereka makin tenggelam dan tidak seperti yang digembar gemburkan. Atau mungkin juga kehebatan sebenar mereka masih tersembunyi dan tidak menemui sentuhannya. Sama-sama kita tunggu.
Faktor kedua, mungkin isu keserasian antara pemain. Atau mungkin juga TRW tersilap pilih pemain. Cerita pencarian player import ini seperti proses beli baju bundle di pasar minggu. Cari kalut-kalut dan bila tak sesuai terus buang. Sudah pasti membazir masa dan wang.
Apapun perjalanan masih jauh. Liga Super, Piala FA atau AFC Cup. Kelantan perlu mengekalkan reputasinya selaku jagoan Pantai Timur. Team pengurusan, jurulatih dan penyokong mesti tahu tugas masing-masing dan berperanan secara profesional. Mungkin TRW perlukan sepuluh tahun lagi untuk muncul sebagai sebuah persatuan bolasepak elit, profesional dan disegani di negara ini.
-->
2 Responses to "Puas hati dapat kalahkan Kelantan ..."
kalah sekali sekala ape salahnya...tengok team lain bila lawan ngan TRW mesti semangat lebih, ini bagus untuk sukan bolasepak jugok...ade cabaran. pemain import ngan pemain tempatan nampak sama hebat jah dlm TRW...cthnya mat yo & indraputra & kesayangan abe ambo daudsu...hehe. wait n see...yg pasti team penyu ttp di hati (tibe2...hahaha)
penyokong peteh sedara kiteee tuuu..
Post a Comment