Kisah berlaku pada zaman Saidina Ali (K.W), ketika beliau menjadi Khalifah Islam yang ke empat. Dua orang wanita datang mengadu kepadanya mengenai perebutan seorang bayi lelaki.
Masing-masing mendakwa anak lelaki comel itu adalah miliknya. Pertengkaran dan perbalahan itu terus berlarutan seakan-akan mereka tidak menghormati seorang khalifah di hadapan mereka. Ringkas cerita, Saidina Ali (KW) memutuskan kes tersebut seperti berikut ;
1. Untuk berlaku adil pada semua, maka saya memutuskan bayi ini perlu dipotong kepada dua bahagian. Kau ambil satu bahagian, dan bakinya kau ambil. Keputusan ini dilihat terlebih adil memandangkan kamu berdua dilihat enggan mengalah.
Mendengar keputusan yang amat pelik itu, maka ibu sebenar bayi itu bersuara, "Jika itu keputusannya maka aku rela mengalah dan merestui anak kesayanganku ini diserahkan kepada sahabatku. Aku tak sanggup melihat anak yang aku kandung selama sembilan bulan itu dipotong dan dizalimi sedemikian rupa". Jelasnya dengan suara yang amat sedih.
Mendengar keluhan itu, dengan pantas Saidina Ali (KW) memutuskan bahawa anak itu sah miliknya. Kerana dialah ibu yang sebenar. Tidak ada seorang ibu di dunia yang sanggup membiarkan anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
0 Response to "HEBATNYA KASIH IBU"
Post a Comment