Terkini

PUNCA SUAMI CEPAT JEMU KEPADA ISTERI

Seorang lelaki mengeluh, kenapalah sejak akhir-akhir ini aku kurang tertarik kepada isteriku. Rasa tawar dan tidak sehangat dulu untuk 'bersama'. Mungkinkah kerana usia perkahwinan ini telah mencecah sepuluh tahun? ohhhh....mungkin tidak. Pasangan lain lebih lama daripada aku, tapi masih bahagia.

 Keluhan itu direspon oleh gurunya. Adakah isterimu telah gemuk dan susuk tubuhnya tidak segebu dulu, atau mungkinkah dia mengalami apa-apa kecacatan atau kekurangan? "Tidak sama sekali guruku, dia masih seperti dulu. Tidak banyak yang berubah". Jawab pemuda itu tegas. 

"Adakah kamu ni mempunyai tabiat suka melihat dan merenung wanita lain yang lalu di hadapanmu? atau kamu ni seorang penagih tegar pornografi"? Tanya gurunya. "Ya" jawab pemuda itu tanpa berselindung. Macam mana Tuan Guru tau?

"Bila kamu terlibat dengan perkara yang haram, suka kepada yang haram, tidur, makan dan bernafas dalam perkara yang haram, MAKA PERKARA YANG HALAL MENJADI JIJIK KEPADAMU..

*** Masya Allah...takutnya. Ampunkan dosa-dosa kami...



0 Response to "PUNCA SUAMI CEPAT JEMU KEPADA ISTERI"

Jaringan Berita