KEADAAN DUNIA ISLAM
Dunia Islam terbahagi kepada dua
jenis:
Pertama :
Negara di mana orang-orang Islam
merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang
lain (bukan Islam).
Kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian
besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui
pemerintahan. Nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju
atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA
DEPAN UMATNYA
- Apakah keadaan yang sedang
berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- Apakah sebab dan faktornya ?
- Apakah cara dan metod yang mesti
diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?
PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE
ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN
Negara Ummat Islam telah jatuh ke
dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran,
kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik. Penjajah telah dapat
menguasai kebanyakan Negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah
secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan
ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa
negara-negara Islam yang dijajah penuh..
Seburuk-buruk kesan yang kita
terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah
kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan
peniruan kebudayaan barat.
ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM
PERTAMA : Merombak
sistem pelajaran dan pendidikan.
KEDUA : Menukar
dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
KETIGA :
Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas
utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang
hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu
mengikut kacamata materialisma barat.
MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
PERTAMA : Mereka
menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam
bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada pula orang-orang Islam yang
merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan
kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
KEDUA : Meniru
pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian
orang-orang Islam.
KETIGA : Meniru
cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan
besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan
mereka.
KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH
DENGAN BARAT.
Sesungguhnya fikiran mereka telah
diresapi fahaman bahawa
“..segala sesuatu yang datang dari barat
adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat
adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan
sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan
lain-lain tuduhan.
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG
JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi
dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai
pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan
dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang
menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke
parlimen.
-Apabila negara-negara Islam
mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di
bumi ummat Islam.
KESAN-KESAN PENJAJAH
1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT
-Penjajah menguat kuasakan
undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan
dan Syariat Islam. Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan
cara hidup yang bukan Islam.
2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN
MASYARAKAT DAN TERAJU
POLITIK
-Mereka tidak dibenarkan menyertai
secara langsung didalam pentadbiran
negara di zaman selepas
kemerdekaan.
3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG
GERAKAN PERJUANGAN
KEMERDEKAAN YANG PALSU
-Gerakan-gerakan kemerdekaan di
negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak
dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat
orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama.
-Ianya perlu mempergunakan slogan
‘mengembalikan keagungan Islam’ dll. Mereka menyeru orang ramai dengan
nama Allah dan Rasulnya.
-Mereka mempertentangkan antara
Islam dengan kufur. Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam
mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.
PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS
PENJAJAHAN BANGSA ASING
-Undang-undang yang dibawa oleh
penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi
dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di
zaman penjajah asing.
-Mereka memasukkan fahaman sekular
(fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan
kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan
Islam.
-Mereka bergiat cergas dalam
menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.
PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH
SUKAKAN PENJAJAH
Sekalipun mereka melawan penjajah
barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun
mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain.
Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik perhatian mereka dan
tiap-tiap yang lahir dari sana.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya
sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua
perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.
PUNCA KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA
ISLAM
PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN
YANG BUKAN ISLAM
-Kerajaan-kerajaan
ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang
Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang
utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh
dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.
-Antara kesan pertentangan yang
terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam
tidak sehaluan dengan kerajaan
mereka.
-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan
dapat mengharung langkah ke depan dan
akan memajukan negara akan lenyap
ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.
PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN
MENINDAS ATAS NAMA
DEMOKRASI
-Golongan yang berhaluan barat
sebagai pengganti penjajah di dalam negeri ummat Islam yakin bahawa sistem
pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya,tampuk pemerintahan tidak
akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah kepada umat yang
menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran,
aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.
-Maka golongan sekular ini tidak
akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan
supaya nilai-nilai berjalan dengan baik.
MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM
YANG DIPERINTAH OLEH
TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM
-Kesedaran ini timbul dari
kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang
politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem
pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat
jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir
pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau
melakukan tahanan rumah.
-Masalah ini tidak dapat di
selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat
diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum.
Rakyat pula tidak dapat mencampuri
urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil.
DUA HAKIKAT PENTING
PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah
menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan.
Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya.
Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka
menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain.Firman
Allah,Maksudnya : “..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka
dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…” (Al-Baqarah : 251)
Kerana kalau mereka memanah umat
Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit
teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai
penolong mereka.
Firman Allah,Maksudnya : “..dan
sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah..” ( Al-Nisa’ :76 )
KEDUA: Jiwa
penganut Islam sangat kuat semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa
sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin
dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka. Merekalah yang akan
bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk jahiliah.
Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.
Firman Allah,Maksudnya : Dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa
dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )
ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
1. Benar-benar menjadi muslim dari
segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan
daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang
pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai
dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Segera memperbetulkan budi
pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga
terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang
berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap
dakwahnya.
Firman Allah,Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat.
Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak
buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )
3. Jangan merasa sayang untuk
mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang
Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau
dengan ucapan.Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin
betul dengan manhaj Islam maka makin
bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan
orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir
kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di
bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara
sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan
sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.
4. Gabungkan tiap-tiap orang yang
berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.
5. Kerja keras menyebar dakwah di
kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat
membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti
mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah
penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah
mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik
untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan
merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah
untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta,
pengkhianat dan orang-orang fasik.
6. Jangan cuba membangun dasar-dasar
Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas
tunjang yang bergoyang.
Perlu bersabar dalam masalah ini,
kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka
berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan
kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan terlalu cepat
menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa
natijahnya.
NASIHAT PENTING
-Jangan menjalankan kerja secara
gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah). -Jangan menggunakan
kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.
-Jangan cuba-cuba untuk mencari
jalan pendek, Oleh itu,mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.
-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal
fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.
-Menggunakan tenaga manusia untuk
sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik,
nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan
yang tinggi.
-Hadapilah rintangan yang
berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan.
0 Response to "TANGGUNGJAWAB PEMUDA ISLAM "
Post a Comment