Terkini

3 PENYAKIT DALAM RUMAHTANGGA

Mencegah penyakit itu terlebih baik dari mengubati. Bila sudah terkena, teramatlah sukar untuk memulihkannya. Hatta, kalau sembuh sekalipun kesannya tetap ada. Kalau tak banyak, sikit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis yang telah mengorbankan sejumlah besar anggota tubuh badan manusia. Darah tinggi, sakit jantung, mati pucuk dan sebagainya. Cegahlah dari awal sebelum ia membarah!

Begitulah halnya dalam hubungan seharian antara pasangan suami isteri. Terlalu banyak 'anai-anai' yang hampir tidak kelihatan, tetapi jika dibiarkan lambat laun rumah atau bangunan akan reput dan hancur. Jadi, sebelum anai-anai ini menjalar dan sebelum penyakit ini membarah, maka eloklah kita mencegahnya dari awal atau sekurang-kurangnya meminimakan ruang jangkitannya. Antara virusnya ialah :

1. Suka membanding bandingkan keadaan rumahtangga kita dengan orang lain. Banding dari sudut 'lebih orang, kurang kita'. Amat kerap terjadi. Suka lihat nikmat yang ada pada orang lain dan melupakan terus nikmat yang kita miliki. Dengan kata lain, tidak bersyukur dengan apa yang ada. Mulai sekarang, ubah dengan melihat dan mensyukuri nikmat yang ada dan jangan sesekali dengki dengan nikmat orang lain. Kerana setiap kurniaan nikmat itu, akan ada juga nikmat lain yang ditarik daripada kita. Perhatikan! bila dapat nikmat duit lebih, mungkin nikmat masa lapang akan ditarik, mungkin nikmat kesihatan hilang, atau mungkin nikmat ketenangan tiada lagi.

2. Suka mencari kelemahan atau kesalahan pasangan. Sukar mencari titik persamaan dan kelebihan pasangan. Terlalu kuat cemburu dan berfikiran negatif terhadap pasangan. Payah nak dengar penjelasan dan menganggap tindakan dirinya  betul dan benar 24 jam.

3. Tidak hidup berumahtangga secara Islamik. Sebaliknya hidup seperti dalam cerita komik sahaja. Makan, tidur, bekerja dan melancong sahaja. Tiada langsung pengisian dalaman atau kerohaniaan. Solat entah ke mana, masjid jauh benar, majlis ilmu langsung tak dengar..muhasabah diri? tak pernah amal. Cermin diri kita, apa perkembangan positif diri kita sejak lima tahun lepas. Ada sebarang perubahan? jika tiada, malang sekali. Jika ada, alhamdulilah. Kita di landasan yang betul.

Oleh itu, ingat! Jauhi semua unsur negatif ini. Anda akan bahagia selamanya. Jika tidak, tunggulah saat kehancuran. Peringatan untuk diri ini yang terkadang terlalai dan alpa di dalamnya lautan madu maya...

0 Response to "3 PENYAKIT DALAM RUMAHTANGGA"

Jaringan Berita