Terkini

Tok Qodhi yang bijaksana !

Suatu masa dulu jawatan Qodhi ini amat dihormati dan dipandang tinggi. Penyandangnya juga bukan calang-calang orang. Sebut saja Qodhi semua orang akan patuh dan taat. Tok Qodhi diamanahkan oleh pemerintah untuk menjalankan tugas-tugas kehakiman yang merangkumi kes-kes sivil, tort, jenayah dan sebagainya. Bukan terhad kepada penyelesaian perbalahan laki bini sahaja.

Suatu hari ada dua orang lelaki datang ke rumah Tok Qodhi ini. Mereka ingin mengadu kes kehilangan seekor kuda. Ketika sampai, orang gaji Tok Qadi membuka pintu dan bertanyakan tujuan kunjungan mereka. Si Mamat ini mendakwa kudanya hilang beberapa hari dan ditemui berada di dalam kandang lembu milik si Luwi. Apabila hendak mengambilnya si Luwi menghalang dan mendakwa bahawa kuda itu miliknya. Si Mamat keingungan dengan keadaan itu, kerana dia pasti kuda itu adalah miliknya berdasarkan tanda pengenalan yang jelas.

Si Luwi mula membentangkan hujahnya dengan segala keterangan dan evident sokongan. Kononnya mengikut prinsip albayyinah ala mudda'i, wal yamin ala man ankaro. Dakwanya, suatu pagi ketika bangun dari tidur tiba-tiba dilihat seekor lembunya telah bertukar menjadi kuda !. Cukup menakjubkan. Katanya dengan penuh yakin.

Mendengarkan dakwaan dan penjelasan antara kedua pengadu itu, orang gaji Qodhi tadi masuk ke dalam rumah dan memaklumkan kepada tuannya mengenai masalah tersebut. Tuan Qodhi yang baru selesai solat sunat dhuha itu mula bertanyakan masalah mereka. Setelah diceritakan dakwaan dan keterangan kedua pihak, maka Qadhi itu berkata " Pelik juga kejadian itu, manakan mungkin seekor lembu boleh bertukar menjadi kuda ", soalnya kepada Luwi. Tetapi dengan pantas dan yakin Luwi menjawab. " Tidak ada apa yang pelik di dunia ini tuan guru, kerana itu semua kuasa ALLAH !. Kita makhluk tidak dapat mengatasinya. Jika dikatakan 'kun' maka 'fayakun' lah. Luwi mula menunjukkan kepetahannya.

Tok Qadhi agak tersentak dengan jawapan itu. Nampaknya makin serius kes ini. Dalam serius itu terselit pula kelucuan dari jawapan tadi. 'Ooooooo....begitu...jadi kamu pastilah bahawa kuda itu milik kamu hasil dengan berdalihkan kuasa Allah '. Ujar Qadhi itu kepada Luwi. " Ya Tuan Guru. Jawab Luwi ringkas.

Si Penipu akan ditendang
' Ok, beginilah, hari ini saya tidak dapat putuskan kes secara tergesa-gesa. Saya perlu merujuk di dalam kitab dan kes-kes terdahulu sebagai panduan. Kamu berdua balik dulu dan pagi-pagi esok datang balik untuk mendengar keputusannya ". Ujar Qadhi tadi.

Luwi pulang dengan gembira kerana yakin hujahnya diterima oleh Tok Qodhi tadi. Manakala si Mamat tadi pulang dengan hati yang sugul mengenangkan nasib dirinya yang ditipu hidup-hidup oleh Luwi. Apapun mereka berdua tetap menunggu hari esok.

Suatu pagi yang bening dan seperti dijanjikan mereka berdua tiba di halaman rumah Tok Qadhi lebih awal dari masa yang dijanjikan. Orang gaji Tok Qodhi keluar sambil membawa minuman. Sambil minum, Si Luwi memulakan perbualan. " Bila Tok Guru nak keluar dan maklumkan keputusan kes saya semalam tu. Maka dijawabnya oleh orang gaji tadi " Tok Qadhi tak boleh mendengar dan memutuskan kes hari ini kerana tiba-tiba dirinya 'uzur' (Haid).

Mendengar jawapan itu, telinga Luwi berdensing dan mendakwa mana mungkin orang lelaki datang haid !. Pantas dijawab oleh orang gaji tadi, " Itu semua KUASA ALLAH. Kita semua tidak dapat mengatasinya. Tidak ada apa yang pelik jika dikehendakki olehNya. Si Luwi mula terkebil-kebil dan terasa penangan 'paku buah kerasnya' semalam. Barulah dia sedar tembelang dan autanya mula terbongkar...

Akhirnya, dengan penuh kesedaran dia memulangkan kembali kuda si Mamat tadi. Moralnya, tidak semestinya masalah yang dilihat besar itu perlu diselesaikan dengan cara biasa dan serius. Keduanya, seseorang itu tidak boleh menipu semua orang dalam semua keadaan dan setiap masa. Akan ada hari dia menjadi bodoh dengan sendirinya....Selamat berfikir....





2 Responses to "Tok Qodhi yang bijaksana !"

~aSHa~ said...

dah la menipu menggunakan nama Allah plak tu kan....haishhh berani tul si Luwi guna nama tuhan...

Mohd Fadli bin Sulaiman said...

He..he..Presiden Kelab Penyokong...pastikan Asha jadi pengunjung ke 1000 nanti. Hadiah misteri menanti dari 'YIK'...keh.ke..

Jaringan Berita