Terkini

Kalau Nak Tahu...

Kalau nak tahu tingginya pokok, tanyalah helang..
Kalau nak tahu dalamnya rimba, tanyalah puyuh..
Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang..
Kalau nak tahu dalamnya lautan, tanyalah beberau..

Kalau nak tahu nilai sedekad, tanyalah orang yang hidup dalam peperangan..
Kalau nak tahu nilai 10 tahun, tanyalah orang yang pernah hidup dalam kemiskinan..
Kalau nak tahu nilai setahun, tanyalah orang yang perit tidak mendapat pekerjaan..
Kalau nak tahu nilai sebulan, tanyalah orang yang terpaksa mengikat perut kerana tiada gaji dibayar..
Kalau nak tahu nilai sehari, tanyalah orang berpuasa dari pagi hingga ke petang..
Kalau nak tahu nilai sejam, tanyalah orang yang sedang bercinta..
Kalau nak tahu nilai seminit, tanyalah orang yang tertinggal keretapi untuk pulang ke kampung untuk beraya..
Kalau nak tahu nilai sesaat, tanyalah orang yang pernah mengalami kemalangan di jalan raya..
Kalau nak tahu nilai mili saat, tanyalah pelari olimpik yang kalah dalam saingannya...
DAN….
Kalau nak tahu nilainya INTAN KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM) tanyalah Mohd Fadli….
He..he..Selamat Hari Raya Eidul Adha…

5 Responses to "Kalau Nak Tahu..."

gina marna said...

Nak tahu jugok ape nilai INTIM kpd ustaz...hehe sesi minggu dpnlahh

~aSHa~ said...

nok tahu gok ni...bila sesinye.....

lepas ni takde dah dapat nak jumpa org sehebat ustaz.....tabik ustaz

Mohd Fadli bin Sulaiman said...

Asha dan Gina,
Hari akhir hajatnya nk ceritalah ertinya INTIM kepada saya. Tapiiiii...apa jadi?...kaku, sebak, sedih sangat..tk trkeluar semuanya...sayang sungguh saya kat warga INTIM ni...mereka sangat baik dgn saya..

~aSHa~ said...

ehehehe... kami pun akan terasa kehilangan ustaz....payoh doh nak jupe org sehebat ustaz

Mohd Fadli bin Sulaiman said...

Puan Sri Asha ni lebih-lebih pulok dah ni...he..he..Jom nak ajak belanja minum, ajak Dato' Seri sekali...he..he

Jaringan Berita