Terkini

ZIZAN DAN POPULARITINYA

Dengar sahaja nama Zizan Razak boleh menyebabkan orang ketawa berdekah-dekah. Belum lagi mendengar celoteh atau menonton aksi selambanya itu.

'Makjun stress' kelahiran Terengganu ini cukup luar biasa bakat jenakanya. Terpacul sahaja perkataan daripada mulutnya maka sudah ada markah dan bernilai komersial.

Moderator Forum

Tidak hairanlah kerajaan negeri Terengganu menjadikannya sebagai magnet untuk menarik khalayak ke negeri cantik budaya menarik itu.


Tidak kurang juga orang berniaga. Ramai yang melantiknya sebagai duta untuk melariskan produk masing-masing. Dari ubat kuat kepada produk kesihatan. Semua ada. Itulah kuasa populariti. Tidak akan diberi walaupun kita berpendidikan tinggi. Ia satu anugerah kepada orang tertentu sahaja. Populariti sejati akan meledak tanpa publisiti murahan.

Pernah satu ketika si Zizan ini digandingkan dengan Da'ie sejuta ummah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Shah Alam. Puluhan ribu manusia terpaku dan tidak mengalihkan chanel tontonan. Maknanya dia boleh dijadikan ikon dakwah jika dimanfaatkan sebaiknya.

Jika seorang ustaz berceramah menyeru agar menutup aurat atau menjaga kehormatan diri mungkin kesannya biasa-biasa sahaja. Tetapi bayangkan jika Zizan yang berdakwah dengan stylenya itu. Pasti ada yang mula berfikir untuk berbuat baik. 

Lebih gempak lagi jika Zizan menjadikan gaya hidupnya ke arah yang lebih Islamik, pasti ramai yang akan tertarik. Kerana dia ada kuasa populariti bukan kuasa legaliti! Apa kata jika isu hudud yang dilihat agak menakutkan oleh sesetengah orang itu dijelaskan oleh Zizan secara selamba tetapi berfakta. Rasanya mungkin orang ramai lebih faham dan cool.

Terbukti, populariti seseorang boleh menjana ekonomi negeri, memajukan perniagaan dan menyumbang kepada gerakan dakwah. Tetapi jika dia hanyut dan lemas dalam dunia glamournya itu, maka musnahlah segalanya. Malah dia juga mampu menghayutkan ramai lagi pengikutnya.

Justeru, manfaatkan bakat anda untuk kebaikkan sejagat. Kerana sebaik-baik manusia ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain.


1 Response to "ZIZAN DAN POPULARITINYA"

Anonymous said...

Best Merkur Slots | Play Free Slots at DelanoCasino
Merkur is one of the newest brands in the online casino industry and has been around deccasino since 인카지노 2013. They are part of the Swedish company choegocasino Merkur

Jaringan Berita