Berbini ramai adalah satu impian bagi seorang lelaki normal. Cumanya, impian hanya tinggal impian sahaja. Ketakutan dan tidak mahu mengambil risiko mengatasi segala-galanya. Ka..ka...ka..ini satu kenyataan yang memanaskan hati wanita dan seakan menjatuhkan sedikit ego lelaki. Tetapi jangan marah, ini sekadar coretan untuk dijadikan renungan.
Seorang murid bertanyakan kepada Tok Gurunya. "Tok apakah petua untuk datang awal ke masjid? Jawabnya gurunya, "kau dah berkahwin ke belum?. Belum, jawab si murid tadi. "oooooo..Kalau begitu, kau kena kahwin dulu."
Gambar hiasan yang berhias |
Selepas berkahwin rupanya murid ini masih belum mampu untuk datang awal ke masjid. Bertambah lewat adalah. Keletihan katanya. Bila diajukan soalan hari itu kepada gurunya tiba-tiba si guru ini menjawab, "Kau kena tambah satu lagi bini" confirm mujarab. Pasti datang awal mengalahkan Tok Bilal.
Setelah dia berpoligami jarang-jarang sahaja datang awal ke masjid. Banyaknya biasa-biasa sahaja. masih belum mampu mengatasi Tok Gurunya. Dia mula meragui teori gurunya itu. Malah bertambah letih mengurus 'dua institusi' ini.
Tanpa berputus asa, dia terus mengadu kepada gurunya perihal dia masih gagal mencapai K.P.Inya itu. Tok guru dengan yakin menjawab kau kahwin satu lagi dan selepas itu cukupkan kuota empat orang. Kau tengok lah hasilnya nanti. Pasti menakjubkan. Cita-cita kau akan tercapai. Ringkas cerita, akhirnya si murid ini telah berjaya mencukupkan kuota yang dikhaskan untuk seorang lelaki yang perkasa ini.
Suatu hari, gurunya terkejut bila dilihat setiap waktu anak muridnya sentiasa ada di masjid. Hadirnya terlalu awal dan pulang terlalu lewat. "Oh sudah berjaya rupanya anak murid aku ni." Bisik hatinya. Tanpa berlengah ditanya kepada anak muridnya. "Kau nampaknya telah berjaya mengatasi Bilal dan Imam untuk datang awal ke masjid, syukurlah".
Dengan nada selamba tetapi menyakinkan si murid ini menjawab. " Ya mungkin berkat mengikuti teori Tok Guru akhirnya saya berjaya mencapai cita-cita datang awal".
Apa taknya, balik ke rumah isteri pertama tak kena. Pergi ke rumah isteri kedua minta nafkah. Hadir ke rumah isteri ke tiga kemaruk nafkah batin. Giliran isteri termudanya asyik menuntut sebuah kereta Ferari yang dijanjikan sebelum kahwin dulu." Akhirnya...masjidlah tempat yang sebenar-benarnya menenangkan jiwa.
Berpoligami itu tidak salah, tetapi selepas berpoligami itulah isunya. Tanggungjawab dan kemampuan bukan hanya memenuhi perut dan yang di bawah perut sahaja. Banyak hal lagi yang perlu diambil kira. Kajilah perjalan Sirah Junjungan Mulia, baru kau temui pedoman sejati.
0 Response to "...SELEPAS BERPOLIGAMI"
Post a Comment